blue icon

Bantuan Rakyat Akan Datang

Klik untuk terokai bantuan Bajet 2022 mengikut keperluan anda


3 Inisiatif Utama Bantuan Kewangan

Bantuan Keluarga Malaysia

Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:

  • Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 - RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 - RM5,000)*: RM400 - RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
  • Bujang (<RM2,500)*: RM350

*(Pendapatan Bulanan)

#Kewangan #B40 #BKM #WargaEmas #IbubapaTunggal #Bujang

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap

#Kewangan #PembiayaanRumah #Perumahan #PekerjaGig #PengusahaKecil #Petani

eStart

Meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi

  • RM150 akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia

#Kewangan #PelajarIPT #18-20tahun #ePemula #Bajet2022 #KeluargaMalaysia #MakmurSejahtera

3 Inisiatif Utama Pekerjaan

Insentif Penggajian JaminKerja - Pekerja Gig

Peluang pekerjaan melalui inisiatif insentif penggajian yang merangkumi kategori berikut:

  • Pencari Kerja / Ganti Pekerja Asing: 20% untuk 6 bulan pertama, 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Golongan Rentan / Wanita / Sektor ICT / Sektor Pelancongan: 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan pertama, 40% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Perantis: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
  • Pekerja Gig: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan

Untuk memohon pekerjaan, terokai Portal MyFutureJobs

#Kewangan #PencariKerja #Majikan #JaminKerja

MySTEP GLC

Program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam (50,000 penempatan) dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) (30,000 penempatan)

#Pekerjaan #Latihan #PencariKerja #mySTEP

Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran

Program membantu pencari kerja dengan menyediakan latihan kemahiran bertujuan meningkatkan kebolehpasaran dan menjamin penempatan pekerjaan

#Pekerjaan #Latihan #PencariKerja #JaminKerja

3 Inisiatif Utama Perlindungan Sosial

Pencaruman PERKESO bagi Pekerja Sendiri dan Sektor Informal

Liputan perlindungan sosial negara di bawah PERKESO untuk mencarum bagi pekerja sendiri dan sektor informal dengan nilai caruman 80 peratus

Liputan diluaskan kepada 9 kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan dalam Komuniti

#PerlindunganSosial #Kewangan #PekerjaSendiri #PekerjaInformal #PERKESO

Program Baucar Perlindungan Tenang

Penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM75 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insuran komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022

#PerlindunganSosial #Tunai #Insuran #B40 #Tenang

Perumahan Mesra

Diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri

  • Membiayai subsidi sebanyak RM20,000 seunit, di samping kemudahan pembiayaan serta yuran pengurusan kepada pemohon
  • Pemilikan rumah kediaman untuk 3,000 unit rumah

#PerlindunganSosial #Perumahan #Kewangan

3 Inisiatif Utama Wanita, Kanak-kanak, Kumpulan Rentan

Yayasan Keluarga Malaysia

Usaha untuk melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yang kehilangan ibubapa akibat COVID-19

#Sosial #Kebajikan #AnakYatim #YKM #KeluargaMalaysia

Program DANANITA & TEKUNITA

Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19

#Pembiayaan #UsahawanWanita #IbuTunggal

Program Community Feeding

Tiga inisiatif:

  • Perluasan Program Community Feeding Bandar (PCF Bandar) yang melibatkan kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Pulau Pinang
  • Perluasan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) dengan menambah kriteria susut, bantut, berisiko masalah pemakanan dan anemia selain kurang berat badan
  • Penubuhan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit, Hospital KKM di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak

#Kesihatan #Kanak-kanak

3 Inisiatif Utama Kesihatan

Perolehan Vaksin dan Kos Bahan Menangani COVID-19

Kerajaan akan peroleh 88 juta dos bersamaan dengan lebih 140% penduduk, iaitu mencukupi untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas

Selain kos vaksin, bagi menangani COVID-19 terdapat keperluan khusus terutamanya untuk bekalan ubat, gas perubatan, reagen dan bahan guna habis

#Kesihatan #Vaksin #COVID-19 #KKM

Kesihatan Mental

Memperkukuh perkhidmatan sokongan kesihatan mental, kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi, dan memperkasa peranan NGO sebagai penggerak program kesihatan mental

#Kesihatan #KesihatanMental #NGO

Penajaan Program Kepakaran untuk Pegawai Kontrak Perubatan dan Pergigian

Program Kepakaran Pegawai Kontrak Perubatan & Pergigian merangkumi:

  • Peruntukan 100 juta ringgit untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian
  • Penyambungan pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama 2 tahun kepada maksimum 4 tahun

#Kesihatan #DoktorHartal #KKM

3 Inisiatif Utama Pendidikan

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

#Pendidikan #Kewangan #PTPTN

Peranti Siswa Keluarga Malaysia

Membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi

#Pendidikan #Peranti #Pelajar #B40 #PerantiSiswa

Bantuan Awal Persekolahan

Pemberian RM150 secara one-off bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga bagi tujuan persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka

#Pendidikan #BantuanPersekolahan #MuridSekolah

Mohon Bantuan Rakyat Sekarang

klik untuk maklumat lanjut inisiatif di bawah pakej rangsangan lain