Manfaat Bajet 2022

Bantuan Keluarga Malaysia

Sertailah Kuiz Manfaat Bajet untuk berpeluang memenangi baucar tunai sebanyak RM200​

Ingin mencari inisiatif Bajet 2022 yang relevan untuk anda?

Sila klik untuk Soal Selidik Inisiatif kami​

Apakah Bajet 2022?
Bajet 2022 terhasil dari siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus selain mengkaji lebih 1,100 memorandum dan hampir 50 ribu cadangan yang diterima melalui portal Bajet 2022. Bajet 2022 juga dirangka setelah 80 sesi sumbang saran bersama ahli-ahli Parlimen.
#TeamMOF juga telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet 2022 dan empat Kertas Konsultasi Awam merangkumi topik berkenaan penambahbaikan perolehan kerajaan, pemberian bantuan tunai, insentif cukai dan tanggungjawab fiskal.​ ​

Atas iltizam tersebut, Bajet 2022 bertemakan, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”. Bajet 2022 ini mendokong Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. Matlamat Bajet 2022 kekal dengan tiga Fokus Induk iaitu: Rakyat Yang Sejahtera; Perniagaan Yang Berdaya Tahan; dan Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.