SME Bank - Pembiayaan Dana Usahawan Muda 2.0
(YEF 2.0)
Permohonan Dibuka
Pengenalan
- Pakej pembiayaan untuk membantu dan menyokong usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan kekal berdaya maju pasca COVID-19 atau bagi memulakan perniagaan baharu di bawah “inisiatif Umbrella”, SME Bank.
- Pemerolehan loji/mesin/peralatan
- Pemerolehan dan/atau pengubahsuaian bangunan
- Keperluan modal kerja termasuk pembiayaan yuran jaminan, dokumentasi & yuran duti setem dan sumbangan Takaful (jika berkenaan)
- Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah (CMTF-i)
- Aliran Tunai-i
- Kredit Pusingan-i
- Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
- Minimum : RM100,000
- Maksimum : RM1,000,000
- Loji, Mesin & Peralatan
- Baru : Sehingga 80%
- Terpakai/Diperbaharui/Penyesuaian Semula : Sehingga 70%
- Pemerolehan Bangunan : Sehingga 90%
- Modal Kerja : Sehingga 100%
- Pengubahsuaian Bangunan
- Bangunan Sendiri : Sehingga 70% dari nilai pengubahsuaian
- Bangunan Premis Sewa : Sehingga 50% dari nilai pengubahsuaian.
- Loji, Mesin & Peralatan : Sehingga 10 tahun
- Pemerolehan Bangunan : Sehingga 10 tahun
- Modal Kerja : Sehingga 5 tahun
- Pengubahsuaian Bangunan
- Bangunan Sendiri : Sehingga 7 tahun
- Bangunan Premis Sewa : Sehingga 5 tahun
- Tahun 1 - Tahun 7 : 5.0% kadar tetap setahun (selepas subsidi 1.5% setahun)
- Tahun 8 - Tahun 10 : 6.5% kadar tetap setahun
- Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank
- Perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) adalah diperlukan bagi pembiayaan ini
- Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan
- Perlindungan takaful/insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda boleh memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel bank SME atau lain-lain operator Takaful.
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi YEF 2.0
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Tujuan Pembiayaan |
|
Konsep Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Cagaran & Takaful |
|
Kelayakan
- Usahawan muda Malaysia yang berumur 21 - 40 tahun dari tarikh permohonan dan mempunyai perniagaan
- Perusahaan bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp
- Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional
- Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon muda memegang saham majoriti >51% DAN adalah merupakan pembuat keputusan utama
- Memiliki minimum sijil keusahawanan/vokasional
- Mereka yang tiada sijil boleh dipertimbangkan melalui kemasukan ke latihan keusahawanan yang disediakan oleh CEDAR
- Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun* *Keperluan ini akan diberi pelepasan untuk syarikat permulaan di bawah inisiatif Umbrella SME Bank
Cara memohon
- Permohonan pembiayaan boleh dikemukakan secara manual dimana-mana cawangan SME Bank yang berdekatan atau secara atas talian di pautan SME Bank
- Senarai dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
- Senarai Semak Dokumen
- Borang Permohonan
- Borang Penyata Diri
- Lesen perniagaan
- Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang 9, 24, 44 & 49)
- Memorandum & Artikel (M&A) Syarikat
- Salinan Lesen Perniagaan/lain-lain sijil yang berkenaan
- Latar Belakang Syarikat/Pemegang Saham/Pengarah/Pengurusan Utama
- Penyata Kewangan Beraudit (terkini untuk 3 tahun)
- Penyata Bank Terkini (6 bulan)
- Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan oleh Bank dari masa ke semasa
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim YEF 2.0