Pengenalan
- Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 bagi seorang anak bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska
- Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat
- Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan
- Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan
- Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Kelayakan
- Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
- Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
- Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM
Cara memohon
- Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
- Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
- Salinan penyata gaji
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
- Salinan penyata gaji suami/isteri
- Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
- Untuk memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim Subsidi Yuran Pengasuhan Taska