Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 10/03/2023

Pengenalan

  • Pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa
    1. Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023
    2. Bagi penerima STR 2023 Fasa 1 yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN
    3. Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 dan pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023

    Kategori Penerima dan Had Umur Pendapatan Bulanan
    (RM)
    Bil. Anak Fasa 1
    Jan-23

    (RM)
    Fasa 2
    Apr-23

    (RM)
    Fasa 3
    Jul-23

    (RM)
    Fasa 4
    Nov-23

    (RM)
    Jumlah Keseluruhan Bayaran
    STR 2023
    (RM)
    Isi Rumah
    Tiada Had Umur
    ≤ 2,500 0 300 200 300 200 1,000
    1-2 300 200 400 600 1,500
    3-4 300 200 600 900 2,000
    ≥ 5 300 200 800 1,200 2,500
    2,501-5,000 0 300 200 0 0 500
    1-2 300 200 150 0 650
    3-4 300 200 200 300 1,000
    ≥ 5 300 200 250 500 1250
    Warga Emas Sebatang Kara
    ≥ 60 tahun
    ≤ 5,000 0 100 100 200 200 600
    Bujang
    21-59 tahun
    ≤ 2,500 0 100 100 150 0 350
    Bujang OKU
    19-59 tahun
    ≤ 2,500 0 100 100 150 0 350

    Kategori Penerima Pendapatan Bil. Anak Bayaran 1
    Jul-23

    Bayaran 2
    Ogos-23

    Bayaran 3
    Sept-23

    Bayaran 4
    Okt-23

    Bayaran 5
    Nov-23

    Bayaran 6
    Dis-23

    **Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023
    (RM)
    Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023
    (RM)
    * Isi Rumah Miskin Tegar
    Tiada Had Umur
    (Tambahan RM600)
    ≤ PGK Miskin Tegar RM1,169 0 100 100 100 100 100 100 600 1,600
    1-2 100 100 100 100 100 100 600 2,100
    3-4 100 100 100 100 100 100 600 2,600
    ≥ 5 100 100 100 100 100 100 600 3,100
    Nota :
    * Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM) Semakan Status Daftar e-Kasih
    ** Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas

Kelayakan

  • Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022
Kategori Umur Pendapatan (RM)
Isi Rumah Tiada Had Umur ≤ 5,000
Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun
Bujang 21 tahun - 59 tahun ≤ 2,500
Bujang OKU 19 tahun - 59 tahun
Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur ≤ 1,169

Cara Memohon

  • Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023
  • Untuk memohon secara atas talian, sila rujuk Permohonan Baharu STR


    • Jadual Permohonan STR adalah seperti berikut :

    Cara Permohonan Tarikh Permohonan Kaedah Permohonan
    Secara Dalam Talian 1 hingga 31 Mac 2023 Melalui Laman Rasmi STR
    Secara Manual / Fizikal


    8 hingga 31 Mac 2023
    Hadir ke :
    - Pejabat LHDN; atau
    - Pejabat Satelit (PS) LHDNM; atau
    - Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM; atau
    - Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

    dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)