SPS Padanan Caruman
Perlindungan keselamatan sosial
Orang bekerja sendiri
Tarikh tutup: 31-Dis-22
Apakah itu SPS Padanan Caruman?
- SPS Khidmat di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2022 di Parlimen bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)
- Kerajaan akan menyediakan bantuan padanan caruman sebanyak 80% di bawah Pelan 2 keselamatan sosial bagi kumpulan sasaran OBS di bawah SKSPS
Siapakah yang layak memohon SPS Padanan Caruman?
- OBS kumpulan sasaran merujuk kepada:
- Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
- Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
- Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
- OBS bekerja di Malaysia
- OBS dari kumpulan sasaran:
- SPS Usahawanita - Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor
- SPS Asal – Orang asli / berasal dari Sabah dan Sarawak yang bekerja sendiri di bawah 20 sector
- SPS GIG - Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor
- SPS Jaja - Sektor Penjaja (Pasar, gerai/ kiosk dan food truck)
- SPS Tani - Sektor Pertanian, Sektor Perikanan (termasuk akuakultur), Sektor Penternakan dan Sektor Perhutanan
- SPS Seni - Sektor kesenian yang terdiri daripada artis , penyanyi, pelakon, kru produksi, kraftangan, jurufoto, dan sebagainya
- SPS Lancong - Sektor Pelancongan termasuklah homestay, ejen pelancongan dan sebagainya
- SPS Lain Upaya - Orang kurang upaya yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor
- 20 sektor yang dilindungi adalah:
- Sektor Pengangkutan Penumpang
- Sektor Pengangkutan dan Penghantaran Barangan atau Makanan
- Sektor Pertanian
- Sektor Penternakan
- Sektor Perhutanan
- Sektor Perikanan
- Sektor Makanan
- Sektor Pembuatan
- Sektor Pembinaan
- Sektor Penjaja
- Sektor Premis Penginapan
- Sektor Perniagaan Online
- Sektor Teknologi Maklumat
- Sektor Pemprosesan Data
- Sektor Ejen
- Sektor Perkhidmatan Profesional
- Sektor Perkhidmatan Sokongan
- Sektor Kesenian
- Sektor Perkhidmatan Isi Rumah
- Sektor Penjagaan, Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
Bagaimanakah saya boleh memohon SPS Padanan Caruman?
- Permohonan dan bayaran secara persendirian boleh dilakukan di pejabat PERKESO berdekatan atau di Portal Matrix
- Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS (spsfaedah@perkeso.gov.my ) untuk proses pendaftaran
- Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran RM46.60 daripada pemohon kepada PERKESO
- Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Surat pengesahan daripada agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor