Pengenalan
- SPS Khidmat di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2022 di Parlimen bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS)
- Kerajaan akan membiayai sepenuhnya caruman keselamatan sosial bagi kumulan sasaran OBS di bawah SKSPS
- *Nota: Faedah Perlindungan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri Mengikut Pelan Caruman Setelah Kes Disahkan Sebagai Bencana Pekerjaan Sendiri
Perkara | Pelan Caruman 2 (RM232.80 setahun) |
Pelan Caruman 4 (RM592.80 setahun) |
---|---|---|
Sumbangan Kerajaan | 100% | |
Faedah Perubatan* | Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan | |
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)* | 80% daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari) | 80% daripada RM3,950 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM105.33 sehari) |
Kelayakan
- Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
- Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
- Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
- OBS bekerja di Malaysia
- OBS kumpulan sasaran merujuk kepada:
- Sukarelawan APM, ATM, Maritim, PDRM - Pelan Caruman 2
- Pekhidmat Rumah Ibadat Islam (JAKIM) - Pelan Caruman 2
- Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti - Pelan Caruman 2
- Contract for Service bagi Sektor Awam - Pelan Caruman 4
Cara Memohon
- Permohonan individu boleh dibuat melalui agensi pentadbiran masing-masing
- Permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS (spsfaedah@perkeso.gov.my) untuk proses pendaftaran
- Tempoh perlindungan bermula selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO
- Dokumen yang diperlukan untuk pemohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan;
- Surat pelantikan / pengesahan kerja – untuk petugas khidmat komuniti / anggota sektor awam (contract for service) / Anggota Sukarelawan / Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbut