Pengenalan
- Penjenamaan semula bagi Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) yang diperkenalkan pada 1 Januari 2017 untuk usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan..
- Skim ini diberikan untuk tempoh 1 tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.
- Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
- Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun
- Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun
- Cetakan maklumat – RM10
Kelayakan
Usahawan Kumpulan B40 | Pelajar IPT Sepenuh Masa | |
---|---|---|
Pemegang MyKad/MyPR berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan | ||
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM | ||
Penerima/pasangan yang menerima bantuan khas kerajaan melalui MOF/LHDN yang memanfaatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Skim Perlindungan kesihatan takaful (mySalam) dan lain-lain | Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara |
Cara Memohon
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dan perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu di Ezbiz
- Dokumen yang perlu dilampirkan adalah:
Usahawan Kumpulan B40 | Pelajar IPT Sepenuh Masa |
---|---|
Bukti pengesahan menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atas nama sendiri atau No. Mykad/MyPR pemohon | Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/ IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran |
Soalan Lazim
- Sila rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz dan Tatacara Pengguna Ezbiz Pendaftaran Perniagaan Baru (Skim Pendaftaran Perniagaan Baru)
- Untuk maklumat lanjut, sila ke Soalan Lazim SPPP