SME Corp - Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 01/06/2023

Pengenalan

  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan
  • Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan
  • Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan
  • Bantuan geran sehingga maksimum RM15,000.00
  • Permohonan dalam talian akan dibuka mulai 7 sehingga 31 Mei 2023 sahaja
  • Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi TUBE

Objektif

  • Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
  • Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan
  • Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri

Fasa & Komponen

  • Program ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar
  • Ia dilaksanakan menerusi 3 fasa
  • Rajah dibawah merujuk kepada Fasa Pelaksanaan

smecorp-tube

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran/Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran dan mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya
  • Sekiranya pemohon telah mendaftar perniagaan, pendaftaran hendaklah kurang dari 12 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (31 Mei 2023)
    1. Hanya mengambilkira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya pembaharuan pendaftaran atau pendaftaran kali kedua, maka tarikh perdaftaran baharu/kali kedua tersebut tidak diambil kira
    2. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan. Pemohon perlu lampirkan salinan surat pengesahan tamat belajar melalui pautan yang boleh dimuat turun (Contoh: Dropbox, Google Drive dan lain-lain)
  • Sihat tubuh badan/tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
  • Pemohon hendaklah:
    1. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayahe
    2. Tidak pernah diisytiharkan muflis
    3. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan/atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  • Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia
    1. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak
  • Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak/boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa
    1. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami/isteri/adik-beradik untuk setiap pengambilan
  • Pemohon tidak bekerja tetap@sementara/telah diberhentikan kerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  • Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 8.0, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA dan TUBE@PEMERKASA)
  • Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program TUBE yang disertai adalah tidak lagi layak memohon
  • Bagi pemohon yang merupakan pelajar institut pengajian tinggi semester akhir di tahun akhir pengajian:
    1. Sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 3 program ini
    2. Pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE 9.0 dijalankan kelak
Nota: Pemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.

Cara Memohon

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
SME Corp.Malaysia

phone icon

Telefon
1-300-30-6000