Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
Permohonan Dibuka
Pengenalan
- SLDN merupakan singkatan kepada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:
- Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
- Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan)
- Objektif utama SLDN untuk melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
- Teknikal
- Sosial & Kemanusiaan
- Metadologi & Pembelajaran
- SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven di mana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut:
- Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
- Syarikat Latihan Dalaman (In-house)
- Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:
- Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)
- Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967
Tempoh Latihan | Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) |
---|---|
Nisbah Latihan | 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan |
Kaedah Penyampaian | Lepasan Harian Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat Lepasan Bulanan Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat |
Rujukan Standard Latihan | Berdasarkan SKPK atau Kurikulum SLDN |
Persijilan | Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2, 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) |
Kelayakan
- Syarat-syarat umum bagi perantis adalah:
- Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Berumur 16 tahun ke atas; dan
- Kriteria kelayakan minimum perantis hendaklah memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam SKPK
*Nota: Walau bagaimanapun sesetengah syarikat meletakkan beberapa syarat tambahan mengikut keperluan mereka - Terbuka kepada semua Pusat Bertauliah (PB) SLDN
- Perantis: Pekerja Sedia Ada dan Pencari Kerja
- Syarikat yang bertauliah oleh SLDN
*Pusat Latihan/Syarikat yang belum ditauliah, dipelawa memohon pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)*
Cara Memohon
- Permohonan program SLDN Berinsentif boleh dilaksanakan melalui Sistem MySpike sahaja
- Permohonan program SLDN Berinsentif ini mestilah dilakukan oleh Penyelaras Pusat Latihan (PL) atau Syarikat In-house (SI) sahaja. Log masuk menggunakan No.Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Manual Pengguna Permohonan Program SLDN Berinsentif 2023 melalui Sistem MySPIKE
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)