Skim Khairat Kematian (SKK)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/08/2023

Pengenalan

  • Skim Khairat Kematian (SKK) adalah suatu skim di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbentuk bantuan kewangan secara tunai yang diberikan bagi pemohon/pasangan yang LULUS STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa*
  • Tuntutan SKK berjumlah RM1,000** untuk setiap individu yang layak boleh dibuat bermula pada 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023
  • Berikut adalah jadual ringkasan mengenai SKK:

  • Tarikh Kematian Pemohon/Pasangan
    yang LULUS STR
    Tempoh Tuntutan SKK Jumlah Tuntutan SKK
    1 Januari 2023 - 31 Disember 2023 17 Julai 2023 - 31 Disember 2023 RM1,000.00


    Nota:
    * Rujuk tab "Kelayakan" bagi mengetahui syarat kelayakan untuk menuntut SKK
    ** Rujuk tab "Cara Memohon" bagi cara untuk menuntut wang SKK

Kelayakan

  • Berikut adalah senarai ketetapan bagi kategori yang layak untuk menuntut SKK:
  • Skim Khairat Kematian

  • Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan
  • Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
    • Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
    • Urusan tuntutan SKK
  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
    1. Pasangan
    2. Ibu
    3. Bapa
    4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
    5. Adik-beradik
    6. Cucu

Cara Memohon

  • Tuntutan SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia
  • Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
    • Sijil Kematian Pemohon/Pasangan;
    • Kad Pengenalan asal Waris; dan
    • Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii))

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
&
Bank Simpanan Nasional (BSN)