Pengenalan
- Skim ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.
- Mulai 1 April 2023, Kerajaan Malaysia akan meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Tujuan Pembiayaan | Pembiayaan gadai janji |
Had Pembiayaan | Sehingga RM400,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/ MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian) |
Jenis Pembiayaan | Pinjaman/ pembiayaan bertempoh |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan) |
Jaminan Perlindungan | Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian) |
Kadar Faedah/ Keuntungan | Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat |
Deposit | Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan |
*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful
Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami
- Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
- Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
- Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
*CCRIS: Central Credit Reference Information System
Cara Memohon
- Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.
- Proses Skim Jaminan:
- Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat
- Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
- Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan pembiayaan
- SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
- Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP
- Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan
- Dokumen diperlukan:
- Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
- Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
- Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Surat pengesahan majikan (jika ada)
- Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
- Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim SJKP
Agensi
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad
Emel
enquiry@sjkp.com.my
Telefon
03 2096 5000