Program SIP Gig

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/10/2022

Pengenalan

  • SIP Gig merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
  • Pembayaran insentif di bawah Program SIP Gig dilaksanakan seperti berikut:

  • Syarat Bayaran Komisen Bulanan /
    Jam Bekerja
    Insentif Bulanan yang Layak Diterima
    Selepas orang berkerja sendiri (OBS) menghantar Log Aktiviti (selama 6 bulan) Peroleh sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan ATAU bekerja lebih daripada 40 jam seminggu RM600
    Peroleh RM2,500 sebulan ATAU bekerja lebih daripada 60 jam seminggu RM800
    (Tambahan RM200)
  • Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
  • Objektif Program SIP Gig:
    1. Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
    2. Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

Kelayakan

  • Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  • Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO
  • Cara memohon

    • Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin (PlayStore / AppleStore)atau melalui pautan Portal Matrix hingga 31 Disember 2022
    • Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang layak boleh memohon Program SIP Gig:
      1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di PlayStore / AppleStore atau layari Portal Matrix
      2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja
      3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di Portal Matrix
      4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
    • Dokumen wajib yang diperlukan oleh Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk pengesahan di Aplikasi PERKESO Prihatin:
      • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
      • Senarai surat atau dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:

      • Kategori Dokumen
        Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti tanpa gaji atau yang diberhentikan kerja Bukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu.
        Pencari kerja daripada golongan terjejas yang berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan Bukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berdaftar dengan kerajaan (Contoh: Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat)
        Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan) Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas).
        Suri rumah yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi rumah kurang RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
        Graduan yang menganggur melebihi 60 hari Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
      • Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan insentif Program SIP Gig, kunjungi Portal Matrix atau Portal MyFutureJobs

    Soalan Lazim

    agensi icon

    Agensi
    PERKESO

    phone icon

    Telefon
    1 300 22 8000