Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada pencarum

  • Bantuan kewangan tambahan di atas elaun mencari pekerjaan

  • Pekerja yang mengalami kehilangan pekerjaan (dari 1 Januari 2021-30 Jun 2022); Pencarum PERKESO

  • Tarikh tutup: 31-Jul-22

Apakah itu SIP EMP+ kepada pencarum?

  • SIP EMP+ adalah bantuan tambahan bayaran kewangan bagi setiap bulan adalah sekurang-kurangnya 10% hingga 30% daripada gaji bulanan anggapan
  • Ini bermakna tempoh keseluruhan SIP EMP+ dan EMP adalah antara 3 hingga 9 bulan
  • Tujuan program ini adalah untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 sebagai bantuan segera bagi meneruskan kelangsungan hidup di samping berusaha mencari peluang pekerjaan baharu

  • Bulan Kadar Faedah EMP (Akta 800) Kadar SIP EMP+ kepada Pencarum (Tambahan) Kadar Bantuan Kewangan Keseluruhan
    Kategori pekerja yang layak mendapat EMP selama 6 bulan
    Pertama 80% Tiada 80%
    Kedua 50% Tiada 50%
    Ketiga 40% 10% 50%
    Keempat 40% 10% 50%
    Kelima 30% 20% 50%
    Keenam 30% 20% 50%
    Ketujuh sehingga kesembilan Tiada 30% setiap bulan 30% setiap bulan
    Kategori pekerja yang layak mendapat EMP selama 5 bulan
    Pertama 80% Tiada 80%
    Kedua 50% Tiada 50%
    Ketiga 40% 10% 50%
    Keempat 40% 10% 50%
    Kelima 30% 20% 50%
    Keenam sehingga kelapan Tiada 30% setiap bulan 30% setiap bulan
    Kategori pekerja yang layak mendapat EMP selama 4 bulan
    Pertama 80% Tiada 80%
    Kedua 50% Tiada 50%
    Ketiga 40% 10% 50%
    Keempat 40% 10% 50%
    Kelima sehingga ketujuh Tiada 30% setiap bulan 30% setiap bulan
    Kategori pekerja yang layak mendapat EMP selama 3 bulan
    Pertama 80% Tiada 80%
    Kedua 50% Tiada 50%
    Ketiga 40% 10% 50%
    Keempat sehingga keenam Tiada 30% setiap bulan 30% setiap bulan
    Kategori pekerja yang tidak layak mendapat EMP (Akta 800)
    Pertama sehingga ketiga Tiada 30% setiap bulan 30% setiap bulan

Siapakah yang layak memohon SIP EMP+ kepada pencarum?

  • Bantuan ini hanya meliputi pekerja yang mengalami Loss of Employment (LOE) mulai 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022
  • Pekerja yang telah habis menerima faedah EMP (Akta 800) dan faedah di bawah SIP PRIHATIN 1.0 bagi kehilangan pekerjaan dalam tempoh 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021, namun masih belum kembali bekerja adalah layak mendapat tambahan bantuan kewangan sebanyak 3 bulan di bawah Program SIP EMP+ setelah membuktikan ada membuat carian pekerjaan di dalam Portal MyFutureJobs
  • Pekerja yang tidak layak menerima SIP EMP+ adalah:
    1. Pekerja yang kehilangan pekerjaannya sebelum 1 Januari 2021 dan selepas 30 Jun 2022
    2. Pekerja yang telah kembali bekerja semasa menerima faedah EMP (Akta 800) bagi tuntutan LOE yang dibuat sebelum 1 Januari 2021
    3. Pekerja yang menerima Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
    4. Pekerja yang berhenti secara sukarela
    5. Pekerja yang bersara wajib pada dan selepas berumur 60 tahun
    6. Pekerja yang diberhentikan akibat salah laku
    7. Pekerja yang tidak berdaftar di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) sebelum kehilangan pekerjaannya berlaku

Bagaimanakah saya boleh memohon SIP EMP+ kepada pencarum?

  • Tempoh permohonan bagi program SIP EMP+ kepada pencarum adalah dari 1 Januari 2022 hingga 31 Julai 2022
  • Dokumen utama yang diperlukan (permohonan kali pertama sahaja):
    1. Salinan Kad Pengenalan
    2. Surat Tawaran Kontrak Perkhidmatan (COS, LOA)
    3. Salinan Surat Pemberhentian Kerja (Termasuk VSS, MSS Atau Seumpamanya)
    4. Salinan Penyata Gaji (6 Bulan Kebelakang Sebelum Bulan Kehilangan Pekerjaan)
    5. Salinan Penyata Gaji Bulan Kehilangan Pekerjaan (Jika Ada)
    6. Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon
  • Bagi pekerja yang tidak mempunyai dokumen-dokumen seperti di (ii), (iii), (iv),(v) dan (vi) pekerja hendaklah membuat pengisytiharan diri (self-declaration) di Portal Faedah SIP semasa membuat permohonan
  • Dokumen sokongan:
    1. Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)
    2. Salinan bukti suatu perintah oleh majikan untuk melaksanakan kerja di luar skop kerja yang membahayakan kesihatan dan keselamatan
    3. Lain-lain dokumen pembuktian berkaitan dengan kes
  • Permohonan pertama boleh dilakukan di Portal Faedah SIP
    1. Manakala bagi permohonan elaun bulan kedua sehingga permohonan elaun bulan kesembilan (mengikut kelayakan EMP), pemohon hendaklah log masuk dengan menggunakan ID pendaftaran (diberi selepas permohonan pertama) secara bulanan melalui Portal Faedah SIP di bawah tajuk ‘Borang-Borang’. Sila pilih Borang EMP.
    2. Setiap tuntutan bulanan EMP bolehlah dibuat selepas tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan EMP sebelumnya dengan syarat telah memenuhi Program Penempatan Pekerjaan Semula (REPP)
  • Sekiranya pekerja itu telah kembali bekerja dan melapor diri semasa menerima faedah EMP, pekerja tersebut hendaklah mengisi Borang EBSA untuk mendapat elaun bekerja semula awal