Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum
Elaun mencari pekerjaan dan elaun persediaan bekerja
Terutamanya untuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal
Tarikh tutup: 31-Dis-22
Apakah itu SIP EMP+ kepada bukan pencarum?
- SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu
- Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) RM300 sebulan yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) RM400 one-off sekiranya telah kembali bekerja
Aktiviti Pencarian Pekerjaan | Jumlah Carian | Jumlah Bayaran |
---|---|---|
Menghadiri temuduga terbuka | Minima 3 sesi temuduga untuk setiap bayaran EMP mulai 1 Januari 2022 / bulan seterusnya | RM300 sebulan |
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan pertama | Menghadiri sekurang-kurangnya satu temuduga dalam tempoh menerima EMP | RM300 EMP + RM400 EPB |
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan kedua | Menghadiri sekurang-kurangnya empat temuduga dalam tempoh menerima EMP | RM300 EMP + RM300 EMP + RM400 EPB |
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan keempat | Menghadiri sekurang-kurangnya tujuh temuduga dalam tempoh menerima EMP | RM300 EMP + RM300 EMP + RM300 EMP + RM400 EPB |
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan kelima | Menghadiri sekurang-kurangnya sembilan temuduga dalam tempoh menerima EMP | RM300 EMP + RM300 EMP + RM300 EMP |
Mendapat pekerjaan sebelum tarikh permohonan SIP EMP+ | Menghadiri satu atau lebih temuduga dan mendapat penempatan pekerjaan baharu sebelum tarikh permohonan | RM400 EPB |
Siapakah yang layak memohon SIP EMP+ kepada bukan pencarum?
Syarat Kelayakan SIP EMP+ Kepada Bukan Pencarum | |
---|---|
Kelayakan permohonan |
|
Jenis Temuduga |
|
Tempoh Bayaran Insentif |
|
Bagaimanakah saya boleh memohon SIP EMP+ kepada bukan pencarum?
- Tempoh permohonan bagi program SIP EMP+ kepada bukan pencarum adalah dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
- Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon Sendiri (bukan akaun Bersama)
- Bukti menghadiri 2 kali temuduga dalam tempoh setiap EMP, sekiranya ia merupakan bukan anjuran PERKESO dan perlu pengesahan daripada majikan yang menganjurkan temuduga
- Pengemaskinian aktiviti temuduga di Log Aktiviti Portal MYFutureJobs
- Daftar dan lengkapkan Profil di Portal MYFutureJobs
- Muat turun dan daftar di Aplikasi Prihatin PERKESO (PlayStore / AppleStore) bagi tujuan bayaran elaun mengikut kelayakan
- Hadiri program temuduga & kemaskini log aktiviti di Portal MYFutureJobs (Akuan pengesahan syarikat perlu dilampirkan sekiranya menghadiri program temuduga bukan anjuran PERKESO)
- Kemaskini tarikh kembali bekerja di Aplikasi Prihatin PERKESO sekiranya telah mendapat tawaran pekerjaan bagi tujuan pembayaran EPB
- Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui Aplikasi Prihatin PERKESO (PlayStore / AppleStore)
Permohonan SIP EMP+ Kepada Bukan Pencarum | |
---|---|
Tatacara Permohonan |
|
Semakan Status Permohonan |
|