SPNB - Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 18/04/2023

Pengenalan

  • Program ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

  • Perkara Semenanjung Malaysia Pulau di Semenanjung Malaysia Sabah/Sarawak/Labuan
    Konsep
    • Sebuah rumah satu (1) tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air
    Keluasan rumah
    • 750 kps
    Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk)
    • 3,000 kps (279 mps)
    • 3,000 kps (279 mps)
    • 3,000 kps (279 mps)
    Harga
    • RM 75,000
    • RM 85,000
    • Bermula dari RM 75,000
    Subsidi (pembinaan)
    • RM 20,000
    Jumlah pinjaman
    • Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
    Anggaran bayaran bulanan
    • Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
    Kaedah pembiayaan
    1. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
    2. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
    Dokumen perjanjian dan sekuriti
    • Firma guaman berdaftar dengan SPNB
    Pelaksanaan pembinaan
    1. Kontraktor Gred G1-G7
    2. Pembekal utama produk
    3. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi RMR

Kelayakan

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Pemohon mestilah berumur 18 - 65 tahun
    3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
    4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna
    5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah
    6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
    7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

    Nota:
    - Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
    - Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Memohon

  • Kaedah memohon:
    1. Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR
    2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap
    3. Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon
    4. Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
    5. Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem
    6. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
    7. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
    8. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan

  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
    2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
    3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
    4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
    5. Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
    6. Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
    7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
    8. Salinan sijil nikah pemohon
    9. Borang laporan tapak bergambar

    Nota:
    - Surat Pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A
    - SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
    - Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
    - Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

phone icon

Telefon
03-7849 2000