MARA - Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 15/05/2023

Pengenalan

  • Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia atau ringkasnya PUTRA ialah skim/kemudahan pembiayaan perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan khusus untuk melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan. (Tidak merangkumi sektor pertanian dan penternakan)

Perkara Penerangan
Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Had Pembiayaan
  • RM10,000
  • Tempoh Pembiayaan
  • 1-3 tahun (12-36 bulan)
  • Jaminan atau Cagaran
  • Tiada (Hanya perlu kemukakan seorang penyokong atau reference dikalangan ahli keluarga)
  • Kadar Keuntungan
  • 0%
  • Kelayakan

    • Warganegara Bumiputera berumur 18-40 tahun
    • Mempunyai daftar perniagaan yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    • Mempunyai premis perniagaan (kecuali untuk perniagaan atas talian)
    • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
    • Perniagaan Patuh Syariah
    • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

    Syarat Khusus:

    • Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan rekod perniagaan yang baik dan memberangsangkan
    • Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
    • Lepasan IPMa
    • Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA

    Cara memohon

    • Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

    Soalan Lazim

    • Akan dikemas-kini
    agensi icon

    Agensi
    Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    phone icon

    Telefon
    03-26132000