Diskaun 12% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman
Tarikh Tutup: 30-April-2022
Apakah itu Diskaun 12% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?
- Manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemberian insentif diskaun 12% bayaran balik pinjaman.
- Pengiraan Diskaun: Pengiraan diskaun 12% berasaskan kepada jumlah bayaran balik (sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang) yang diterima bagi bulan berkenaan
Nota: Diskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja.
Siapakah yang layak untuk memohon Diskaun 12% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?
- Semua peminjam (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman dalam tempoh 1 November 2021 hingga 30 April 2022
- Peminjam yang telah tamat pengajian Diploma dan sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah (dengan menggunakan PTPTN) TIDAK layak mendapatkan insentif ini
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Diskaun 12% Bayaran Balik PTPTN
Bagaimanakah cara untuk memohon Diskaun 12% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?
Pengesahan baki pinjaman boleh diperolehi melalui atau menghubungi
- Portal Rasmi PTPTN; ATAU
- Menghubungi Eksekutif Pemasaran