Diskaun 10% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji dan/ atau Debit Terus (Direct Debit)
Tarikh Tutup: 30-April-2022
Apakah itu Diskaun 10% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?
- Manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemberian insentif diskaun 10% bayaran balik pinjaman.
- Pengiraan Diskaun: Diskaun diberikan atas jumlah bayaran balik yang dibuat melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit). Jumlah diskaun yang diperoleh akan mengurangkan keseluruhan baki hutang pinjaman
Nota: Diskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja
Siapakah yang layak untuk memohon Diskaun 10% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?
- Semua peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji dan/ atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut amaun yang ditetapkan layak menerima insentif ini
- Peminjam yang telah tamat pengajian diberikan tempoh 12 bulan sebelum JBB dibina dan tidak dikenakan ujrah sepanjang tempoh ini
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Diskaun 10% Bayaran Balik PTPTN
Bagaimanakah cara untuk memohon Diskaun 10% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN?
- Pengesahan baki pinjaman boleh diperolehi melalui atau menghubungi
- Portal Rasmi PTPTN; ATAU
- Menghubungi Eksekutif Pemasaran
- Kaedah Bayar Balik:
- Diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji dan/atau debit terus (direct debit) sahaja. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini
- Sekiranya peminjam mempunyai tunggakan, rundingan perlu dilakukan dengan menghubungi Eksekutif Pemasaran
- Terimaan bayaran balik melalui potongan gaji adalah tertakluk kepada proses potongan yang dilakukan oleh majikan. Manakala debit terus (direct debit) adalah setiap 1hb, 10hb dan 27hb setiap bulan
- Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada 1 akaun pinjaman, amaun diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman 1 terlebih dahulu sekiranya akaun tersebut masih mempunyai baki hutang. Diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman yang berikutnya selepas hutang pinjaman terdahulu diselesaikan