Pengenalan
- Objektif PGGS adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia ("PKS") dan Syarikat Tahap Pertengahan ("MSC") melalui:
- Pembiayaan Baharu (terutamanya kepada PKS besar dan MSC); dan
- Penstrukturan semula kemudahan pembiayaan dengan moratorium dan lanjutan tempoh perkhidmatan, serta pembiayaan lanjutan modal kerja untuk menggiatkan semula perniagaan mereka, sekiranya diperlukan
- RM30 bilion (Termasuk RM 2 bilion untuk Bumiputera)
- Terbuka kepada semua entiti (PKS dan MSCs) dalam semua industri seperti pelancongan dan sektor berkaitan dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM500 juta
- Kemudahan Modal Kerja/CAPEX untuk Pembiayaan Baharu
- Untuk penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada dan/atau Modal Kerja tambahan
- Nota: Kemudahan ini tidak boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan sedia ada yang diberikan oleh FI yang sama atau lain yang terlibat
- Kemudahan Modal Kerja/CAPEX untuk Pembiayaan Baharu: Sehingga RM20 juta setiap syarikat
- Penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada; dan/atau Modal Kerja tambahan: Had pembiayaan Pendedahan Kumpulan sehingga RM50 juta
- Kemudahan Modal Kerja/ CAPEX untuk Pembiayaan Baharu: 80% daripada pembiayaan diperoleh daripada Institusi Kewangan Peserta (termasuk prinsipal dan faedah/keuntungan) oleh Kerajaan Malaysia
- Penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada:
- Jaminan perlindungan ditentukan seperti berikut;
Jaminan Perlindungan = A X B X C, dimana: - A = 80%
- B = 36 bulan (3 tahun)
- C = Purata jumlah ansuran bulanan yang dibayar pada Tahun Kedua dan Tahun Ketiga penstrukturan semula kemudahan pembiayaan
- Modal kerja tambahan:
- Sehingga 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/ keuntungan) yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat
- Pembiayaan Baru: 1% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada dan/ atau modal kerja tambahan: 0.75% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
- Pembiayaan baru: Sehingga 10 tahun
- Penstrukturan semula kemudahan pembiayaan sedia ada: 3 tahun, termasuk moratorium sehingga 12 bulan
- Modal kerja tambahan: Sehingga 10 tahun
- Pinjaman Berjangka/ Pembiayaan Berjangka-i, Overdraf/ Talian Tunai-i, Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i dan Kemudahan Perdagangan/ Trade-i
- Bank Perdagangan, Bank Islam dan Institusi Kewangan Pembangunan di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia layak menyertai Skim ini
- Pengecualian Duti Setem ke atas penstrukturan semula dan/atau dokumentasi penjadualan, hanya sehingga 31 Disember 2022
- Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Sesawang PGGS
Pekara | Terma Skim |
---|---|
Had Skim |
|
Kelayakan |
|
Tujuan Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Perlindungan Jaminan |
|
Yuran Jaminan |
|
Tempoh Jaminan |
|
Jenis Kemudahan Pembiayaan |
|
Institusi Kewangan Peserta |
|
Duti Setem |
|
Nota: Terma dan syarat lain mungkin dikenakan, bergantung kepada penilaian Institusi-institusi Kewangan dan SJPP
Kelayakan
- Semua entiti (PKS dan MSCs) dalam semua industri seperti pelancongan dan sektor berkaitan dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM500 juta:
- Syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki rakyat Malaysia
- Syarikat Perkongsian, dan Perkongsian Liabiliti Terhad yang dikawal dan majoriti dimiliki rakyat Malaysia secara majoriti; atau
- Sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia
- Diperbadankan di bawah:
- Akta Pendaftaran Perniagaan (1956), atau Akta Syarikat (1965/ 2016), atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
- Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak
- Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional
- Bukan Sektor Pembuatan:
- Syarikat-syarikat PKS dengan jualan tidak melebihi RM20.0 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang
- Sektor Pembuatan:
- Syarikat-syarikat PKS dengan jualan tidak melebihi RM50.0 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang
- Tidak termasuk:
- Entiti yang disenaraikan di Papan Utama; dan
- Subsidiari bagi:
- Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
- Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs);
- Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
- Perusahaan milik Kerajaan Negeri
Cara memohon
- Permohonan dibuka sehingga penggunaan penuh had skim, kecuali skim Jaminan untuk penstrukturan semula dan/atau penstrukturan semula yang hanya tersedia sehingga 31 Disember 2023.
- Syarikat-syarikat PKS memohon pembiayaan dari Institusi Kewangan Peserta
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim PGGS