PERKESO - Program Daya Kerjaya
- Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/05/2023

Pengenalan

  • Program Daya Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) – Program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah merupakan satu insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan yang dikhaskan kepada graduan TVET atau lepasan sekolah yang mengganggur sekurang-kurangnya 2 bulan
  • Tarikh kuatkuasa permohonan latihan peningkatan kemahiran oleh pekerja boleh dibuat mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan terkini yang diwartakan oleh kerajaan
  • Senarai penuh kursus yang ditawarkan ada disenaraikan di laman web rasmi – MyFutureJobs
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Perkeso
Objektif
  • Meningkatkan kebolehpasaran dan peningkatan kemahiran dalam kalangan graduan TVET serta lepasan sekolah
  • Mengurangkan ketidakpadanan (mismatch) dalam tawaran pekerjaan dan gaji yang tidak setimpal dengan kemahiran (underemployment) dalam kalangan graduan TVET serta lepasan sekolah
  • Merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan bagi meningkatkan peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan TVET dan lepasan sekolah


Kategori Pengambilan di bawah Program Daya Kerjaya – Perantisan TVET dan Lepasan Sekolah
tvet

Kelayakan

  • Graduan TVET yang menganggur sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 bulan layak memohon untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran
  • Lepasan sekolah yang menganggur sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 bulan layak memohon untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran
  • Lepasan sekolah yang mempunyai tahap pendidikan SPM dan ke bawah
  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang berumur 16 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dibuat
  • Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri sahaja akan diluluskan
  • Tempoh minimum bagi kursus adalah 40 jam
  • Setiap pekerja yang tersenarai dan diluluskan di bawah program ini hanya layak mengikuti kursus yang tersenarai di Portal Kerjaya Madani sahaja serta tertakluk kepada bayaran yuran maksima sehingga RM4,000 mengikut persijilan

Dokumen Diperlukan
  • Salinan Kad Pengenalan (hadapan dan belakang)
  • Sijil Tamat Pengajian/Transkrip Penuh Akademik/Surat Pengesahan Tamat Pengajian yang diiktiraf oleh MQA, JPK atau setaraf
  • Setelah mendapat kelulusan daripada pihak PERKESO, PERKESO akan mengemukakan surat kelulusan (Approval Letter) kepada individu dan penyedia latihan bagi menjalani latihan tersebut

Cara Memohon

agensi icon

Agensi
PERKESO

phone icon

Telefon
1-300-22-8000