Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022
(PERKASA TVET 1.0)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/10/2022

Pengenalan

  • Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022 adalah khusus untuk membantu mereka yang ingin menguasai kemahiran baru atau kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam pengeluaran pekerja berkemahiran tinggi.
  • Program Latihan kemahiran jangka pendek (kurang daripada 6 bulan) termasuk secara program penuh atau modular atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau bergantung kepada permintaan majikan/ industri di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Penyedia Latihan Awam (PLA)/ Penyedia Latihan Swasta (PLS) digalakkan menawarkan kursus latihan secara "value added" bagi meningkatkan kebolehpekerjaan pelatih.
  • Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani latihan di PLA/PLS berdasarkan kepada konsep "Place and Train"

Kelayakan

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 55 tahun pada tahun permohonan; dan
  • Mana-mana Rakyat yang memerlukan pekerjaan beserta latihan melalui konsep Place and Train

Cara memohon

  • Pemohonan ini dibuka sehingga 31 Disember 2022 berdasarkan prinsip "first come first serve" sehingga Dana PERKASA TVET 1.0 digunakan sepenuhnya
  • Kemukakan dokumen kepada alamat:
    Urusetia PERKASA TVET 1.0,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),
    Aras 18, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra(WTCKL),
    Jalan Tun Ismail, 59480 Kuala Lumpur
    atau melalui emel ke alamat perkasatvet@ptpk.gov.my
agensi icon

Agensi
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)