Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2023

Pengenalan

  • Pemberian penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam (6) bulan
  • Peminjam yang diluluskan penangguhan, akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuatkuasa
  • Kos pentadbiran atau ujrah juga tidak dikenakan sepanjang tempoh penangguhan
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi PTPTN

Kelayakan

  • Peminjam yang dalam tempoh membayar balik
  • Peminjam yang mempunyai pendapatan bulanan RM1,800 (gaji kasar) ke bawah
  • Peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN adalah tidak layak

Cara memohon

  • Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 melalui Laman Rasmi Penangguhan Bayaran Pinjaman PTPTN
  • Peminjam perlu melengkapkan maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan, memuat naik dokumen pendapatan bulanan terkini dan membuat perakuan kebenaran ke atas maklumat yang diberikan
  • PTPTN juga akan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)