BSN Mikro/i PEMERKASA NITA

  • Kemudahan pembiayaan/ pinjaman mikro

  • Perusahaan mikro yang dimiliki oleh usahawan wanita

Apakah itu BSN Mikro/i PEMERKASA NITA?

BSN Mikro/i PEMERKASA-NITA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pembiayaan/ pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro

Siapakah yang layak memohon BSN Mikro/i PEMERKASA NITA?

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19;
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF); dan
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk BSN Mikro/i PEMERKASA NITA?

  • Mengemukakan Borang Permohonan BSN Micro/i PEMERKASA BELIA yang disertakan dengan dokumen sokongan berikut:
    1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah;
    2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah/Pemegang Saham/Penjamin (jika berkenaan);
    3. Penyata Akaun Bank untuk tiga bulan terkini;
    4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
  • Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik ke pautan Portal Micro Financing BSN
  • Untuk permohonan di cawangan BSN, borang permohonan BSN Micro/i PEMERKASA BELIA boleh dimuat-turun di SINI