BSN Mikro/ i PEMERKASA ISTIMEWA
Kemudahan pembiayaan/ pinjaman mikro
Perusahaan mikro yang dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU)
Apakah itu BSN Mikro/i PEMERKASA ISTIMEWA?
BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pembiayaan/ pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.
Siapakah yang layak memohon BSN Mikro/i PEMERKASA ISTIMEWA?
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU), iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh OKU dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19;
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia;
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF); dan
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
Bagaimanakah saya boleh memohon untuk BSN Mikro/i PEMERKASA ISTIMEWA?
- Mengemukakan Borang Permohonan BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA yang disertakan dengan dokumen sokongan berikut:
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah;
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah/ Pemegang Saham/Penjamin (jika berkenaan);
- Penyata Akaun Bank untuk tiga bulan terkini;
- Pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU dan Kad OKU
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
- Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik ke pautan Portal Micro Financing BSN
- Untuk permohonan di cawangan BSN, borang permohonan BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA boleh dimuat-turun di SINI