Pengenalan
- Dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.
- Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.
Kelayakan
- Ketua Pengarah Insolvensi akan mempertimbangkan kepada kategori kes kebrankapan seperti yang berikut:
- Perintah kebrankapan telah melebihi 5 tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman/Perintah Kebrankapan
- Jumlah hutang yang diperakui atau baki hutang terlibat tidak melebihi RM50,000.
- Tiada perintah Mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap di bawah Akta 360 yang menghalang pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.
Cara memohon
- Permohonan pelepasan boleh dibuat kepada cawangan Mdl yang mentadbir kes kebrankapannya dengan cara:
- Hadir secara fizikal ke Pejabat MdI berdekatan, atau
- Hubungi Pejabat MdI melalui surat atau emel, atau
- Isi borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dan serahkan ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan.
- Pegawai Insolvensi akan menyemak permohonan bankrap, kedudukan dokumen pentadbiran dan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran kebankrapan.
- Individu bankrap hendaklah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh Pegawai Insolvensi.
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim berhubung dengan Pelepasan Kebrankapan