1DUN 1PEDi

Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 26/05/2023

Pengenalan

  • Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk:
    1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar
    2. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital
    3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar
    4. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing
  • Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
    1. Latihan ICT
    2. Latihan keusahawanan
    3. Latihan multimedia
    4. E-pembelajaran
    5. Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
    6. Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan
  • Transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital

  • Sila klik jadual di bawah untuk maklumat senarai PEDi sedia ada mengikut negeri:

  • Johor Melaka Negeri Sembilan Selangor
    Kedah Kelantan Terengganu Pulau Pinang
    Perak Pahang Sabah Sarawak
    Perlis WP Kuala Lumpur WP Putrajaya WP Labuan
  • Melalui Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari 2023, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan program 1DUN 1PEDi yang melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) PEDi di setiap DUN sebelum berakhirnya tahun 2023
  • Berikut adalah taburan PEDi sedia ada & baru mengikut negeri:

  • Bil Negeri Bil. PEDi sedia ada Bil. PEDi baharu dibawah inisiatif
    1 DUN 1 PEDi
    1. Perlis 14 3
    2. Kedah 77 4
    3. Pulau Pinang 3 38
    4. Perak 71 19
    5. Selangor 48 35
    6. Negeri Sembilan 51 11
    7. Melaka 30 8
    8. Pahang 111 3
    9. Kelantan 72 7
    10. Terengganu 66 6
    11. Johor 90 11
    12. Sabah 118 15
    13. Sarawak 133 23
    14. WP Kuala Lumpur 21 3
    Jumlah 911 186

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia