MyDigital Workforce Work in Tech (MYWiT)

  • Insentif gaji dan latihan untuk pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital

  • Untuk Syarikat Malaysia dan Rakyat yang menganggur

Apakah itu MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT)?

  • MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) memberi insentif kepada majikan untuk menggambil pekerja Malaysia untuk pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital melalui insentif gaji dan latihan.
  • MYWiT menawarkan peluang kepada pencari pekerjaan bagi mendapatkan kerja di syarikat teknologi digital ternama dan meningkatkan kemahiran digital.
  • Insentif ini dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk mendorong para majikan memberikan peluang pekerjaan kepada warga yang menganggur.
  • Insentif yang disediakan adalah bagi syarikat yang mengupah siswazah baru/ rakyat Malaysia yang tidak bekerja/ pekerja yang diberhentikan bagi pekerjaan berikut:
    1. Jawatan dalam bidang Teknologi Digital bagi mana-mana industri
    2. Jawatan dalam bidang Perkhidmatan Digital bagi mana-mana industri
Insentif tersebut merangkumi:
  • Subsidi gaji:
    1. 40% daripada gaji bulanan selama 6 bulan (maksimum insentif yang diberikan adalah sebanyak 40% daripada RM6,500/bulan, iaitu RM2,600/orang/bulan)
    2. Gaji minumum: RM2,000/month
  • Subsidi latihan bagi latihan dalaman atau luaran/ pihak ketiga:
    1. Latihan dalaman (minimum 40 jam/orang) : sehingga RM5,000/orang
      • Peserta perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 40 jam latihan untuk mereka layak menuntut daripada MDEC
    2. Latihan luaran: sehingga RM8,000/orang
      • Tiada tempoh khusus diperlukan kecuali untuk latihan dalam talian, di mana peserta perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 20 jam latihan untuk mereka layak menuntut daripada MDEC
    3. Pilih kursus latihan anda DI SINI

Siapakah layak untuk memohon MYWiT?

Majikan Pekerja
  • Diperbadankan di Malaysia
  • Modal berbayar minimum: RM20,000
  • Menawarkan pekerjaan minimum selama 12 bulan
  • Tidak mempunyai hubungan keluarga / perniagaan yang rapat dengan ahli Lembaga pengarah, pemegang saham atau pekerja MDEC
  • Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 2 bulan/siswazah baru/pekerja yang diberhentikan
  • Tarikh mula bekerja dengan syarikat antara 5 April 2021 hingga 30 April 2022 (seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Pekerjaan)
  • Bukan ahli keluarga terdekat kepada pengarah atau pemegang saham dalam syarikat pengambilan pekerja
  • Bukan penerima/bekas penerima manfaat mana-mana insentif MYWiT daripada mana-mana syarikat
  • Bukan sebahagian daripada peserta program PenjanaKerjaya 2.0 dan Penjana KPT-CAP

Bagaimanakah untuk memohon MYWiT?

Tempoh permohonan: 5 April 2022 - 30 April 2022

Majikan Pekerja
Proses Permohonan
  1. Dalam tempoh 2 bulan: Dapatkan calon pekerja & pilih latihan yang bersesuaian
  2. Mohon dalam talian
  3. Hantarkan dokumen sokongan untuk kelulusan MDEC
  4. Terima surat tawaran daripada MDEC sekiranya mendapat kelulusan
  1. Cari pekerjaan
  2. Mohon
  3. Lalui proses pengambilan pekerja
  4. Dipilih untuk bekerja
  5. Sertai latihan yang dipilih oleh majikan
Proses pembayaran semula
  1. Daftar di dalam system e-invois MDEC
  2. Hantar tuntuan;dan dokumen sokongan melalui system e-invois MDEC
  3. Terima pembayaran melalui pindahan bank dalam talian

Syarikat boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik secara bulanan.

N/A
Dokumen Diperlukan:
  • Maklumat syarikat:
    1. Sijil SSM
  • Maklumat pekerjaan termasuk:
    1. Penerangan bagi pekerjaan yang dipohon
  • Maklumat pekerja termasuk:
    1. Salinan surat tawaran pekerjaan minimum 12 bulan
    2. Salinan MyKad pekerja baru
    3. Maklumat pekerja (templat disediakan)
    4. Salinan transkrip akhir / sijil / surat rasmi tamat pengajian daripada Universiti / Institusi (bagi siswazah baru)
    5. Surat Pemberhentian Pekerja (bagi pekerja yang diberhentikan)
  • Maklumat Latihan Luaran
    1. Templat latihan luaran (disediakan dalam borang permohonan- Maklumat Pekerja Excel)
    2. Sebutharga untuk kursus yang dipilih
  • Maklumat Latihan Dalaman
    1. Templat latihan dalaman (disediakan dalam borang permohonan- Maklumat Pekerja Excel)
    2. Profil Pelatih atau CV pelatih (jika pelatih tidak mempunyai LinkedIn)
  • Pengishtiharan bertulis yang menyatakan bahawa semua dokumen dan maklumat yang dihantar adalah benar dan ditandatangani oleh penandatangan sah majikan.
N/A