Short-Term Employment Programme (MySTEP)
Latihan & penempatan jangka pendek di sektor awam / GLC dan rakan strategik
Warganegara Malaysia 18 tahun keatas, Lepasan Sekolah/SPM, Golongan OKU
Apakah itu MySTEP?
- Bagi tahun 2022, inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).
- Di samping itu, dalam memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik
- Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLC dan rakan strategik
- Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
- Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam
- Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
- Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
- Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
- Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023
- Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.
Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Kadar Sektor Awam (RM) | GLC / Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum* (RM) |
---|---|---|
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas | 2,000 | 2,000 |
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,800 | 1,800 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,600 | 1,600 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,400 | - |
*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.
Siapakah yang layak untuk MySTEP?
Sektor Awam | GLC / Rakan Strategik | |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | ||
18 tahun keatas | ||
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | |
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing | Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC/rakan strategik masing-masing |
Bagaimanakah saya boleh memohon MySTEP?
- Tempoh permohonan: 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Dokumen yang diperlukan:
- CV atau Resume
- Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
- Permohonan MySTEP adalah melalui Portal Rasmi MySTEP