Pengenalan
- Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak.
- Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
- Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk butang kelayakan untuk maklumat lanjut).
- Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023)
Kelayakan
- Penerima bantuan khas kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut:
- Individu berumur antara 18 hingga 55 tahun dan pasangan;
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Sila semak kelayakan anda dengan menghantar e-mel ke info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut
- Elaun hospitalisasi harian jika dimasukkan ke hospital tidak akan dibayar disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung:
- Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;
- Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan
- Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap
- Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan
Program LHDN | Kelayakan mySalam | Kriteria Umur |
---|---|---|
BR1M 2018 | 2019 | |
BSH 2019 | 2020 |
|
BSH 2020 | 2021 | |
BPR 2021 BKM 2022 |
2022 |
|
BKM 2022 STR 2023 |
2023 |
|
Cara memohon
- Permohonan adalah berdasarkan tuntutan. Sila rujuk kepada tatacara berikut untuk permohonan tuntutan:
- Tuntutan penyakit kritikal
- Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'
- Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Tuntutan hospitalisasi
- Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 4: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila layari Soalan Lazim tentang Skim mySalam
- Semak kelayakan anda di sini