KTMB - Pas MyRailLife

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/08/2023

Pengenalan

  • Pas perjalanan PERCUMA untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan:
    • Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas – Tumpat;
    • KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves); dan
    • KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas).
  • KTMB - Pas MyRailLife diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.
  • Tempoh penggunaan KTMB - Pas MyRailLife bermula 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
  • Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Cara memohon

  • Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU):
    • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS atau laman sesawang KTMB
    • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang:
    • mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.
  • Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:
    • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS atau laman sesawang KTMB
    • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

phone icon

Telefon
03-2267 1200