Pengenalan
- Program MyPSV adalah suatu inisiatif melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk memperkasakan kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/Teksi/Bas (BTM >7,500kg) serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan
- Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (E-hailing/Teksi) dan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (Bas BTM >7,500)
- Permohonan untuk program ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan
- Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja:
- PSV E-Hailing/Teksi - 3,500 Peserta
- PSV Bas (BTM > 7,500 kg) - 500 Peserta
Kelayakan
PSV E-Hailing/Teksi - 3,500 Peserta | PSV Bas (BTM >7,500 kg) - 500 Peserta |
---|---|
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas | |
Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) | |
Bebas senarai hitam, Mahkamah, JPJ dan PDRM | |
Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D/DA | Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D (sekurang-kurangnya satu (1) tahun) atau CDL kelas E |
Cara memohon
- Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form
- Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Lesen Memandu Malaysia
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
- Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel mypsv@jpj.gov.my untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan
- Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
- Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
- Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim MyPSV