Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 13/09/2022

Pengenalan

  • Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) telah ditubuh dan dibentangkan dalam Belanjawan 2019 bagi memberi peluang kepada pelabur swasta untuk melabur dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta Perusahaan Sosial melalui kaedah Pendanaan Rakai EquityEquity Crowdfunding atau Platform Pembiayaan Antara Rakan Setare (Peer-toPeer Financing).
  • Objektif dana ini adalah bagi:
    1. Mewujudkan sebuah mekanis perkongsian awam-swasta untuk pembiayaan modal berisiko.
    2. Mencipta saluran yang cekap dan efektif untuk mengagihkan dana Kerajaan kepada PMKS.
    3. Menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan lebih lanjut di pasaran pembiayaan alternatif.
  • MyCIF juga menyediakan Skim Perusahaan Sosial MyCIF untuk menyediakan peluang untuk melabur bersama dalam Perusahaan Sosial melalui kempen P2P yang disediakan oleh KUSKOP.
  • PMKS (ECF) PMKS (P2P) Perusahaan Sosial (P2P)
    Nisbah Pelaburan 1:4 1:4 1:1
    Pelaburan Maksimum RM 1 juta RM 1 juta RM500,000
    1. Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:4, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM4 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF; dan
    2. Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:1, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM1 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF
  • Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Sesawang MyCIF

Kelayakan

  • Pelaburan bersama MyCIF terbuka untuk semua Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh platform penyertaan MyCIF masing-masing;
  • Pelaburan bersama MyCIF terbuka untuk semua Perusahaan Sosial (SE) yang
    1. Diberikan status Asas SE, Akreditasi SE (“SE.A”) atau SE Accreditation Plus (“SE.A Plus”) oleh Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi di bawah program Akreditasi Perusahaan Sosial; dan
    2. Memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing

Cara Memohon

  • Syarikat pemula, PMKS dan perusahaan yang berminat untuk menerima pelaburan bersama dari MyCIF harus menghubungi mana-mana platform ECF atau P2P yang mengambil bahagian dalam MyCIF.
  • Untuk maklumat lanjut berhubung terma dan syarat bagi MyCIF, sila layari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, DI SINI.
agensi icon

Agensi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

phone icon

Telefon
03-6204 8000