Pengenalan
- Program Geran Kreatif Kuala Lumpur bertujuan untuk menggiatkan semula pusat bandar bersejarah ke arah penciptaan hab kreatif, berdaya huni, bertenaga, dan berkembang maju dengan menawarkan peluang untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan daerah kreatif dan pembangunan ekonomi serta mengukuhkan daya tahan sosial dan alam sekitar di Pusat Bandar Kuala Lumpur
- Program ini bertujuan untuk menarik bakat dan perniagaan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, menggalakkan pembentukan persekitaran yang menarik untuk didiami, bekerja, makan, dan beriadah, sekaligus menjadi asbab utama untuk menarik pelaburan baru ke daerah kreatif ini
- Permohonan dibuka dari 29 Mei 2023 hingga 14 Ogos 2023
- Sila rujuk Terma Rujukan bagi Program Geran KL Kreatif
- Lokasi utama Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sila rujuk peta di bawah dengan liputan kawasan yang diwarnakan dengan merah
- Dataran Merdeka
- Stesen LRT Masjid Jamek
- Jalan Hang Lekiu
- Hab Transit Pasar Seni
- Pemohon juga dialu-alukan untuk mencadangkan projek di luar kawasan yang dinyatakan di atas selagi ianya berada dalam liputan yang diwarnakan dengan biru, seperti peta di bawah
- Program ini menyokong sebarang cadangan berdasarkan 5 tema utama:>
- Peremajaan ruang usang/terbiar
- Pembenihan dan/atau pengembangan perniagaan
- Kandungan kreatif dan/atau pengaktifan
- Pembangunan komuniti
- Penyelidikan dan/atau penerbitan
- Jumlah geran: RM50,000 – RM300,000 bagi setiap permohonan
- Program ini megutamakan projek yang:
- Mempunyai sekurang-kurangnya nisbah 1:1 pelaburan bersama
- Berpotensi dalam penjanaan impak tinggi
- Menyokong projek yang inklusif kepada semua komuniti, menarik pengguna baharu & menyuntik kandungan kreatif baharu serta mempelbagaikan penggunaan ruang
- Projek mesti siap sepenuhnya atau hampir siap pada 31 Disember 2023
- Sila rujuk laman web Program Geran KL Kreatif untuk maklumat lanjut
Terma Rujukan
Kawasan Tumpuan

Pembiayaan Geran
Kelayakan
- Individu, kolektif, pertubuhan berasaskan komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan yang terdiri daripada:
- Komuniti kreatif dan teknologi
- Persatuan dan institusi kebudayaan
- Komuniti perniagaan
- NGO, perusahaan sosial dan persatuan komuniti
- Perdagangan tradisional
- Komuniti rentan
- Institusi pendidikan, sukan dan rekreasi
- Organisasi/syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan/atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dialu-alukan untuk memohon
Cara memohon
- Pemohonan yang berminat dikehendaki menghadiri salah satu sesi seperti berikut:
- Hari terbuka
- Klinik permohonan geran - sesi sepanjang 20 minit untuk mendapatkan bimbingan mengenai projek yang dicadangkan
- Muat turun borang permohonan
- Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan yang lengkap
- CV, profil, dan portfolio (untuk individu/organisasi)
- Belanjawan - pecahan terperinci kos, termasuk mana-mana penentuan kos pihak ketiga (perincian kos perlu diisi berdasarkan templat yang terdapat dalam borang permohonan)
- Penyata bank yang dikosongkan untuk menunjukkan bukti surat-menyurat
- Butiran syarikat - sijil pendaftaran dengan Pendaftar Syarikat/Pertubuhan/Borang Perniagaan 9,13,22,44,49, M&A
- Dokumen sokongan lain - gambar lokasi tapak projek berdasarkan lokasi tumpuan yang dicadangkan, kos pihak ketiga, dokumen penyelidikan, dan sebagainya
- Dokumen yang berkenaan untuk setiap tema geran seperti yang dinyatakan dalam Tema Rujukan Program Geran KL Kreatif
- Hantarkan borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke emel downtownkl@thinkcity.com.my
Hari terbuka | Klinik permohonan geran | |
---|---|---|
Tarikh |
6 Jun 2023 13 Jun 2023 |
10 Jun 2023 14 Jun 2023 17 Jun 2023 21 Jun 2023 |
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Program Geran Kuala Lumpur Kreatif