Program JaminKerja – Insentif Penggajian
Insentif kewangan
Untuk majikan yang membuat pengambilan baharu
Tarikh tutup: 30-Jun-22
Apakah itu Program JaminKerja – Insentif Penggajian?
- Program JaminKerja – Insentif Penggajian merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.
- Insentif sebanyak 20% daripada gaji kasar sehingga RM12,000 bagi setiap pekerja sekiranya berjaya bekerja bagi 6 bulan yang pertama dan sebanyak 40% daripada gaji kasar sehingga RM24,000 sekiranya pekerja diambil bekerja sehingga 6 bulan yang seterusnya.
- Secara keseluruhan, insentif maksima sebanyak RM36,000 disediakan bagi setiap individu yang diambil di bawah Program JaminKerja – Insentif Penggajian.
- Insentif dibayar kepada majikan setiap 2 bulan bagi penggajian yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan.
- Bayaran akan dilaksanakan bagi tempoh pekerja secara aktif dan akan ditamatkan sekiranya berhenti kerja.
- Elaun Mobiliti juga disediakan kepada pekerja yang diambil sebanyak RM500 yang dibayar secara terus secara ‘one off’ kepada pekerja yang akan dibayar pada bulan pertama insentif pengambilan diluluskan.
Kategori | Kadar Insentif | Syarat Minima & Tempoh Kontrak | |
---|---|---|---|
Bulan 1-6 | Bulan 7-12 | ||
Perantisan | RM900 | Tiada | RM1,500; Kontrak 6 bulan |
Pencari Kerja Am | 20% daripada gaji kasar pekerja | 30% daripada gaji kasar pekerja | RM1,500; Kontrak 12 bulan |
Golongan Mudah Terjejas | 30% daripada gaji kasar pekerja | 40% daripada gaji kasar pekerja | RM1,200; Kontrak 12 bulan |
Wanita | 30% daripada gaji kasar pekerja | 40% daripada gaji kasar pekerja | RM1,200; Kontrak 12 bulan |
Pekerjaan di bawah sektor utama | 30% daripada gaji kasar pekerja | 40% daripada gaji kasar pekerja | RM1,500; Kontrak 12 bulan |
Penggantian Pekerja Asing & Pegawai Dagang | 20% daripada gaji kasar pekerja 10% daripada gaji kasar pekerja dibayar terus kepada pekerja (minima RM300) |
30% daripada gaji kasar pekerja 10% daripada gaji kasar pekerja dibayar terus kepada pekerja (minima RM300) |
RM1,200; RM3,000 kepada Pegawai dagang; Kontrak 12 bulan |
Siapakah yang layak memohon Program JaminKerja – Insentif Penggajian?
- Majikan yang layak memohon Program JaminKerja – Insentif Penggajian adalah:
- Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022
- Majikan daripada Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya layak bagi kategori Perantisan
- Majikan yang TIDAK layak adalah:
- Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama
- Walaubagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan langsung, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerja adalah layak untuk membuat permohonan insentif ini
- Pekerja yang layak adalah mengikut kategori, seperti berikut:
Kategori | Syarat Kelayakan |
---|---|
Perantisan |
|
Pencari Kerja Am |
|
Golongan Mudah Terjejas |
|
Wanita |
|
Pekerjaan di bawah sektor utama |
|
Penggantian Pekerja Asing & Pegawai Dagang |
|
Bagaimanakah saya boleh memohon Program JaminKerja – Insentif Penggajian?
- Tarikh akhir permohonan untuk insentif Program JaminKerja-Insentif Penggajian adalah pada 30 Jun 2022.
- Dokumen yang diperlukan:
- Maklumat akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan), nombor akaun majikan dan nama bank
- Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank (Business Registration Number - BRN)
- BRN Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja
- Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank)
- Langkah untuk memohon inisiatif:
- Majikan perlu mendaftarkan kekosongan pekerjaan di Portal MYFutureJobs
- Setelah pengambilan pekerja dilaksanakan (pengambilan mulai 1 Januari 2022), daftarkan pekerja baharu di Portal JaminKerja untuk permohonan Program JaminKerja – Insentif Penggajian
- Majkan akan terima kelulusan pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan
- Majikan dikehendaki membayar gaji seperti di surat tawaran pekerja
- Bayaran kepada majikan akan terus dikreditkan setiap 2 bulan berdasarkan rekod caruman wajib kepada PERKESO dan KWSP
- Pihak majikan boleh membuat permohonan insentif melalui Portal JaminKerja mulai 17 Januari 2022
- Pembayaran akan dimasukkan ke akaun syarikat (majikan) sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
- Pembayaran bantuan mobiliti dan Insentif Malaysianization akan dimasukkan ke akaun pekerja sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
- Bayaran bagi tuntutan permohonan akan dilakukan setiap 2 bulan sehingga tempoh 6 bulan bagi kategori perantisan dan 12 bulan bagi lain-lain kategori.
- Untuk mendapatkan insentif setiap 2 bulan, majikan perlu memastikan bayaran gaji seperti yang ditawarkan di dalam kontrak, bayaran caruman PERKESO and caruman KWSP dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.