Pengenalan
- Hasanah Social Enterprises Fund (HSEF) merupakan suatu skim pembiayaan di bawah Yayasan Hasanah (YH) bertujuan untuk memperkasa dan menyokong pertumbuhan perniagaan di Malaysia
- Selain itu, skim ini juga diperkenalkan bagi menggalakkan pengusaha perniagaan untuk membangun dan mengukuhkan model operasi perniagaan serta mengembangkan penyelesaian yang inovatif ke arah persekitaran sosial dan alam sekitar yang lebih positif
- Permohonan HSEF dibuka sehingga 30 Disember 2023 atau sehingga dana habis diguna pakai (tertakluk kepada kriteria “first come first basis”)
- Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada kategori dan kriteria yang tersenarai di bawah:
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi HSEF 2023
Kategori | Kriteria* | Jumlah Pembiayaan | Instrumen |
---|---|---|---|
Kategori I | Seeding Path | Sehingga RM100,000 | Geran | Kategori II | Growth & Scale Path | Sehingga RM500,000 | Pinjaman | Kategori III | Growth & Scale Path dengan Akreditasi SE.AC (Social Enterprise Accreditation) | Sehingga RM750,000 | Pinjaman |
*Nota: Rujuk tab "Kelayakan" bagi syarat kelayakan untuk setiap kriteria
Kelayakan
-
Kelayakan pemohon untuk HSEF 2023 adalah berdasarkan kriteria berikut:
- Kategori I - Seeding Path
- Sekurang-kurangnya telah beroperasi selama 6 bulan
- Mempunyai matlamat sosial dan/atau alam sekitar yang jelas dan boleh diukur
- Lebih daripada 30% hasil pendapatan tahunan diperoleh secara komersial berbanding melalui sumbangan, derma dan pembiayaan geran
- Kategori II - Growth & Scale Path
- Sekurang-kurangnya telah beroperasi selama 2 tahun
- Mempunyai matlamat sosial dan/atau alam sekitar yang jelas dan boleh diukur
- Lebih daripada 50% hasil pendapatan tahunan diperoleh secara komersial berbanding melalui sumbangan, derma dan pembiayaan geran
- Memenuhi salah satu perkara berikut:
- Sekurang-kurangnya 30% daripada tenaga kerja daripada tenaga kerja daripada kumpulan sasar
- Sekurang-kurangnya 15% daripada perbelanjaan perniagaan tahunan digunakan untuk menyampaikan dan memenuhi misi alam sekitar atau tujuan/objektif sosial
- Sekurang-kurangnya 25% daripada keuntungan bersih tahunan (selepas potongan cukai) diagihkan kembali kepada operasi perniagaan untuk mencapai misi sosial/persekitaran
- Kategori III - Growth & Scale Path dengan Akreditasi SE.AC
- Mendapat penarafan sebagai SE.AC daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Makluman: Pemohon yang sedang menerima apa-apa geran, tajaan atau bantuan kemanusian daripada YH tidak boleh memohon skim ini
Cara memohon
- Permohonan HSEF telah dibuka pada 17 Julai 2022 sehingga 30 Disember 2023 atau sehingga dana habis digunapakai (tertakluk kepada mana yang lebih terdahulu)
- Langkah-langkah permohonan:
- Kemukakan maklumat di dalam Borang Permohonan HSEF 2023
- Pemohon yang layak akan menerima e-mel dari YH dengan pautan untuk mengisi profil mereka
- Permohonan akan disemak dan dinilai oleh pihak YH
- Pemohon yang berjaya akan diumumkan dan perjanjian bersama pihak YH perlu ditandatangani serta mematuhi terma pembiayaan yang ditetapkan
- Sekiranya permohonan gagal, pemohon dibenarkan mengemukakan rayuan melalui e-mel grantapplication@hasanah.org.my
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim HSEF 2023