Jumlah Had Pelaburan ASB & ASB2 Ditingkatkan

Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 05/04/2023

Pengenalan

  • Berkuatkuasa pada 1 April 2023, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah meningkatkan had pelaburan individu untuk skim pelaburan Amanah Saham Berhad (ASB) serta Amanah Saham Berhad 2 (ASB2) daripada RM200,000 kepada RM300,000 setiap satu
  • Peningkatan had pelaburan ini merupakan satu langkah positif dan sejajar dengan usaha PNB untuk terus menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia

Kelayakan

  • Terbuka kepada semua pelabur semasa ASB & ASB2 termasuk pelabur baharu
  • Pelabur yang berminat boleh menyemak had kelayakan di pautan myASNB di "Dana Saya" pada ruangan "Unit Boleh Beli"
  • Untuk pelabur baru, sila layari pautan myASNB untuk tatacara pembukaan akaun baharu

Cara memohon

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

phone icon

Telefon
03-7730 8899