Pengenalan
- Skim Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) adalah sebuah inisiatif Belanjawan 2023 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri
- Skim GSSP telah dibuka untuk permohonan bermula pada 19 Jun sehingga 31 Oktober 2023
- Medium peruntukan GSSP adalah secara tuntutan bayaran semula (reimbursement)
- Skim GSSP juga bertujuan untuk menyemarak dan mengaktifkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk susulan penularan wabak pandemik koronavirus (COVID-19)
- Memastikan industri pelancongan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri untuk mempromosi dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi, selain memartabatkan semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau Asia
- Penganjuran acara berimpak tinggi yang diadakan dalam negara melibatkan pasaran sasaran:
- Bertaraf Domestik: Penyertaan dari negeri-negeri
- Bertaraf Antarabangsa: Penyertaan peserta dari luar negara sebanyak 20% atau lebih; dan dari 5 negara asing atau lebih
- Program/Acara Pelancongan yang mempunyai elemen penyertaan dari negeri-negeri di Malaysia
- Festival/Karnival Pelancongan yang mempunyai elemen penyertaan dari negeri-negeri dalam Malaysia
- Pameran Pelancongan (Travel Fair) berasaskan Business to Consumer (B2C)
- Program/Acara Minat Khas (Niche) yang menyuntik elemen pelancongan dan mampu menarik penyertaan dari dalam dan luar negara
- Penganjuran program/acara bersiri – maksimum 3 siri dan tuntutan dibenarkan hanya setelah siri terakhir diselesaikan
- Mempromosikan produk SAHAJA tanpa ada program/acara yang dianjurkan
- Familiarisation Trip (FAMTRIP)
- Penerbitan video/dokumentari/bahan promosi berbentuk video atau seumpamanya
- Pembangunan aplikasi/kandungan/laman web
- Bengkel/mesyuarat/konvensyen/seminar/persidangan/insentif>
- Program berunsur politik/keagamaan/melibatkan sensitiviti masyarakat/kaum
- Promosi/Publisiti/Pengiklanan di Media Massa termasuk medium cetak, elektronik, platform digital serta saluran media sosial
- Penerbitan/Cetakan bahan-bahan sokongan promosi seperti banner, bunting, buku cenderahati, baju, topi dan sebagainya
- Mempromosi Lokasi Program/Acara tersebut sebagai destinasi/tarikan pelancongan domestik
- Elemen publisiti dan promosi perlu dilaksanakan bagi memberikan impak kepada program/acara. Bagi program:
- Bertaraf Domestik – 15% elemen publisiti dan promosi
- Bertaraf Antarabangsa – 30% elemen publisiti dan promosi
Penganjuran Yang Dibenarkan | Penganjuran Yang Tidak Dipertimbangan |
---|---|
|
|
Elemen Penganjuran
Kelayakan
Skop Permohonan
- Dianjurkan di Malaysia
- Mempunyai elemen tarikan penyertaan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawak
- Menjana pergerakan pelancongan domestik dan pelancong asing
- Merangsang dan memberikan faedah kepada industri pelancongan secara keseluruhan
Kategori Pemohon
- Syarikat dan Organisasi Swasta Tempatan (Bukan Berstatus Ejen Pelancongan)
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
- Anak Syarikat di bawah Kerajaan Negeri
- Persatuan/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tempatan
Kelayakan Pemohon
- Pemohon perlu mempunyai pendaftaran yang sah dan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen bukti pendaftaran/pengesahan seperti berikut:
- Syarikat dan Organisasi Swasta Tempatan: Dokumen mengenai maklumat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti:
- Corporate Information;
- Summary of Share Capital;
- Directors/Officers;
- Shareholder/Members;
- Shareholder/Members;
- Summary of Financial Information; dan
- Laporan Penyata Kewangan Terkini ATAU ‘Management Account’ bagi yang beroperasi enam (6) bulan
- Persatuan/Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Tempatan
- Borang 3, Akta Pertubuhan 1966; dan
- Borang Pendaftaran Badan Sukan yang berkaitan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (untuk persatuan yang berkaitan)
Permohonan Tidak Dipertimbangkan
- Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
- Tidak berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang negara
- Pertubuhan politik dan keagamaan
- Individu/orang perseorangan
- Mana-mana entiti yang telah disenaraihitamkan oleh pihak Kerajaan
- Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat yang dinyatakan di dalam Garis Panduan dan tidak memenuhi tempoh terimaan permohonan (60 hari) yang telah ditentukan oleh LPPM
- Permohonan yang telah menerima peruntukan/bantuan kewangan daripada MOTAC atau agensi-agensi di bawah MOTAC
- Permohonan yang menerima peruntukan/bantuan kewangan/penajaan dari mana-mana Kerajaan Persekutuan dan agensi/syarikat dibawahnya
- Permohonan bagi penganjuran program/acara yang SEDANG BERLANGSUNG atau TELAH TAMAT
Cara memohon
- Borang Permohonan GSSP perlu dikemukakan secara “hard copy” beserta kertas cadangan ke *alamat di bawah dan e-melkan salinan kepada gspsb@tourist.gov.my
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Senarai Semak GSSP
*URUS SETIA GERAN SOKONGAN SEKTOR PELANCONGAN (GSSP)
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(TOURISM MALAYSIA)
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK
ARAS 2, NO. 2, MENARA 1
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
Kertas Cadangan
- Setiap permohonan hendaklah dihantar kepada Urus Setia melalui surat rasmi Syarikat/Organisasi/Persatuan/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diwakili berserta butiran maklumat mengikut format berikut:
- Tajuk Program/Acara
- Latar Belakang Program/Acara
- Objektif Program/Acara
- Komponen acara seperti:
- Cadangan tarikh
- Cadangan tempat
- Kumpulan sasar seperti:
- Domestik
- Jumlah peserta
- Jumlah pengunjung
- Antarabangsa
- Jumlah peserta (20% penyertaan luar)
- Jumlah pengunjung
- Kaedah Pelaksanaan Program/Acara
- Promosi/Publisiti/Pengiklanan
- Perincian Perbelanjaan (perlu jelas)
- Return of Investment (ROI) (jelas dan “quantified”)
- Senarai terimaan bantuan/penajaan dari pihak lain (jika ada)
- Kertas cadangan hendaklah dikemukakan di dalam Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris
- Bagi penganjuran program/acara sukan, penganjur hendaklah mendapatkan surat kelulusan/pengiktirafan/pengesahan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- Penganjur perlu mengemukakan pengesahan tempahan lokasi dan pengesahan/kelulusan dari PBT atau pihak berkuasa yang berkaitan bagi menganjurkan program yang dimohon
- Bagi kertas cadangan yang lengkap, penganjur akan dihubungi untuk tujuan pembentangan kepada Jawatankuasa Panel Penilai Awal (JKPPA) sebelum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pihak Berkuasa Melulus (JKPBM)
- Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan
- Tempoh pelaksanaan program/acara yang diluluskan adalah sehingga 31 Disember 2023 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN. (Tarikh akhir penerimaan permohonan: 31 Oktober 2023)
- Tarikh akhir penerimaan permohonan berserta kertas cadangan dan tempoh pemprosesan adalah seperti berikut:
- PROGRAM/ACARA DOMESTIK
- PROGRAM/ACARA BERTARAF ANTARABANGSA
- RM500,000.00
- RM1,000,000.00
- 30 hari
- 30 hari
- Jawatankuasa berhak menentukan ciri dan aspek yang ingin disokong/diluluskan di dalam kertas cadangan mengikut kadar penilaian sewajarnya dan tidak tertakluk kepada keseluruhan penganjuran program/acara SAHAJA
JENIS PERMOHONAN | SILING PERUNTUKAN MAKSIMUM | TEMPOH TERIMAAN PERMOHONAN LENGKAP SEBELUM PENGANJURAN PROGRAM/ACARA |
---|---|---|
|
|
|
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Garis Panduan GSSP
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim GSSP
Agensi
Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya
(MOTAC)
Emel
gspsb@tourist.gov.my