GPPK - Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 15/09/2023

Pengenalan

  • Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah meluluskan peruntukan bagi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) kepada Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti setempat
  • Objektif utama GPPK ini adalah seperti berikut:
    1. Meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti;
    2. Meningkatkan penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat; dan
    3. Membudayakan keselamatan sebagai tanggungjawab bersama
  • Permohonan GPPK* boleh dibuat melalui sistem eROSES mulai 15 Jun 2023 sehingga 30 September 2023

  • *Nota:
    Sila rujuk tab "Cara Memohon" bagi tatacara permohonan GPPK

Kelayakan

  • Saringan permohonan akan dibuat di peringkat JPPM Negeri
  • Permohonan yang LAYAK akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian GPPK manakala yang tidak layak, notifikasi akan dibuat kepada pemohon melalui atas talian
  • Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan GPPK:

    • Permohonan yang LAYAK adalah seperti berikut:
      • Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966
      • Pertubuhan bagi kategori sosial sub-kategori persatuan penduduk
      • Keutamaan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2022
      • Pertubuhan yang berstatus aktif
      • Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap dan teratur
      • Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan pertubuhan yang baik
      • Keutamaan kepada pertubuhan yang belum pernah menerima apa-apa peruntukan/geran daripada JPPM dan/atau mana-mana agensi Kerajaan/organisasi lain
      • Jumlah peruntukan GPPK untuk setiap pertubuhan adalah sebanyak RM10,000 sahaja
      • Tempoh perbelanjaan dan pelaksanaan program hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 31 Disember 2023

    • Permohonan yang TIDAK LAYAK adalah seperti berikut:
      • Pertubuhan yang berstatus "Dalam Perhatian"
      • Pembiayaan bagi tujuan pembelian harta modal/aset pertubuhan yang tidak menyumbang dan menepati objektif pelaksanaan GPPK
      • Bantuan modal/pinjaman untuk memulakan perniagaan
      • Pembiayaan melibatkan kos pentadbiran pertubuhan seperti sewaan premis pertubuhan, bil utiliti, yuran langganan, gaji/elaun pekerja atau kos perjalanan individu untuk menghadiri kursus/persidangan
      • Program yang sedang atau telah dilaksanakan sebelum permohonan diluluskan
      • Program berbentuk bantuan ke luar negara

Cara memohon

  • Permohonan peruntukan GPPK boleh dikemukakan melalui sistem eROSES mulai 15 Jun 2023 hingga 30 September 2023 seperti format di Lampiran A. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
  • Keputusan permohonan boleh disemak di dalam sistem eROSES dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas Jawatankuasa Penilaian GPPK bersidang
  • Penyaluran peruntukan GPPK bagi permohonan yang berjaya akan disalurkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemakluman keputusan
  • Prosedur permohonan:
    • Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu;
    • Pertubuhan yang pernah menerima peruntukan daripada JPPM dan/atau mana-mana agensi Kerajaan/organisasi lain perlu menyatakan tahun dan jumlah peruntukan yang diterima;
    • Permohonan lengkap akan diteliti dan diproses di peringkat JPPM Negeri untuk pertimbangan Jawatankuasa Penilaian GPPK;
    • Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian GPPK dan ia adalah MUKTAMAD; dan
    • Pertubuhan boleh mengemukakan semula permohonan baharu sekiranya permohonan terdahulu ditolak;
  • Carta alir permohonan boleh dirujuk seperti di bawah:

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)