ePemula

  • RM150 dalam bentuk kredit e-tunai

  • Untuk warga Malaysia berumur 18-20 tahun / pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS

  • Permohonan ditutup pada 1-Jun-2022

Apakah itu ePemula?

  • Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk:
    1. Meringankan beban kewangan belia;
    2. Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
    3. Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta
  • Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
    1. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022

  • Anda boleh menggunakan kredit RM150 ePemula untuk sebarang transaksi secara fizikal* di 1.2 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
    1. Pemindahan “peer-to-peer”;
    2. Penebusan tunai;
    3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    5. Bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    6. Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
    7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
    8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
    9. Transaksi e-dagang atau transaksi atas talian
  • Inisiatif ePemula RM150 adalah untuk kegunaan secara fizikal*. Ini adalah sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PKS.
  • *Walau bagaimanapun, baucar, coin, diskaun yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-Dompet sebagai insentif tambahan boleh digunakan dalam talian

Siapakah yang layak untuk mendapat ePemula?

  • Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
    1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
    2. Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
  • Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

Bagaimanakah cara untuk memohon untuk ePemula?

  • Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
    1. Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
    2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
    3. Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan "Hantar"
    4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
  • Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada Soalan Lazim ePemula