Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 01/06/2023

Pengenalan

  • Dana Kandungan Digital (DKD) yang dahulunya dikenali dengan Dana Industri Kandungan Digital (DIKD) adalah kesinambungan kepada Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) sejajar dengan penubuhan Content Malaysia Pitching Centre (CMPC) bertujuan untuk memperkemaskan dan mempermudahkan penyaluran dana-dana berkaitan industri kandungan kreatif
  • DKD diperuntukkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan DKD Industri Muzik dilaksanakan oleh MyCreative Ventures (MYCV)
  • Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Rasmi MyCreative

JENIS DKD Penerangan Nilai Geran
DANA PEMASARAN DAN PROMOSI ANTARABANGSA
  • Memfokuskan dan menyokong penyertaan penggiat dan karya muzik yang berpotensi meningkatkan akses seni muzik Malaysia berkualiti tinggi ke luar negara
  • Sehingga RM300,000.00
  • Permohonan dibuka sebanyak dua kali:
    • Kali pertama pada 23 Mac 2023 – 5 Mei 2023 (6 minggu)
    • Kali kedua pada 2 Jun 2023 – 14 Julai 2023 (6 minggu)
    DANA KEBOLEHAN PASARAN (DOMESTIK)
  • Memberi tumpuan kepada penciptaan dan pemasaran kandungan pelbagai jenis muzik dan genre oleh penggiat industri di peringkat domestik
  • Sehingga RM100,000.00
  • Permohonan dibuka pada 23 Mac 2023 – 19 Mei 2023 (8 Minggu)
  • DANA PERSEMBAHAN MUZIK
  • Memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert muzik awam yang mengetengahkan bakat-bakat tanah air dan juga menjana pekerjaan untuk penggiat industri muzik
  • Sehingga RM300,000.00
  • Permohonan dibuka pada 23 Mac 2023 – 19 Mei 2023 (8 Minggu)
  • Kelayakan

    Siapakah yang tidak layak memohon Dana Kandungan Digital 2023?
    • Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
    • Badan Bukan Kerajaan*
    • Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO)
    • Pertubuhan politik
    • Persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966*
    • Individu/orang perseorangan TIDAK BERDAFTAR dengan SSM (sekurangkurangnya pemilikan tunggal) atau Syarikat didaftar di bawah Kerajaan Negeri
    • Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993
    • Mana-mana entiti yang telah disenaraihitamkan oleh pihak Kerajaan
    • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd (“MYCV”)
    • Permohonan yang telah menerima peruntukan/ bantuan kewangan daripada MyCV atau agensi-agensi Kerajaan dan sedang dalam fasa perlaksanaan projek; dan
    • Permohonan yang tidak mempunyai komponen muzik yang jelas, termasuk yang mempermainkan isu-isu sensitiviti kaum, bangsa, politik dan agama
    • Permohonan yang tidak dapat menunjukkan usaha yang jelas dalam memberi manfaat kepada artis atau penggiat muzik
    • Permohonan yang khusus untuk tujuan akademik atau dibentangkan di bawah naungan sebuah sekolah atau institusi pengajian tinggi dan merupakan sebahagian daripada kurikulumnya
    • Permohonan bagi projek/acara yang sedang berlangsung atau telah tamat

    *Layak memohon untuk Program Dana Kandungan Digital 2023- Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa

    Cara memohon

    • Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan berikut :
    • Permohonan yang dibuat melepasi tarikh tutup atau permohonan yang dibuat secara manual (serahan tangan atau melalui emel)
      TIDAK akan diterima

    • Antara dokumen yang harus dikemukan:

      • Dokumen peribadi
        1. Salinan Kad Pengenalan (IC) - salinan jelas kedua-dua imej belakang dan depan pada halaman A4 yang sama sisi (pemohon)
        2. Salinan Kad Pengenalan (IC) - salinan jelas kedua-dua imej belakang dan depan pada halaman A4 yang sama sisi (pemilik/Ahli Lembaga Pengarah Syarikat, jika pemohon bukan pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah Syarikat)
        3. Salinan borang pendaftaran syarikat – seperti; Borang 9 (Borang SSM), Borang 24 atau 49, surat kebenaran (jika berkaitan)
        4. Penyata kewangan yang terkini yang menunjukkan informasi akaun syarikat yang didaftarkan


      • Dokumen sokongan
        1. Kertas cadangan projek
        2. Profil pemuzik (termasuk sejarah projek/kerja/pertunjukan, pencapaian lalu, pautan dan maklumat lain yang berkaitan)
        3. Bajet dan jadual projek (templat diberikan dalam borang permohonan)
        4. Profil/CV/Biografi untuk SEMUA artis/kolaborator/organisasi yang terlibat dalam projek (cth. produser, pengarah video muzik, penganjur acara, pemuzik dll, jika berkenaan)
        5. Sebarang bahan sokongan lain yang berkaitan dalam format digital (jika ada) iaitu imej visual, video, pautan web dan sebagainya
        6. Untuk projek rakaman, trek demo (satu untuk Single, tiga untuk EP/Album Penuh) yang dikemukakan dalam format MP3 (sekurang-kurangnya 128kbps) melalui pautan web (cth. Dropbox). Jika anda mengemukakan lebih banyak lagu daripada yang diperlukan, hanya 3 yang pertama akan diambil untuk penilaian. Trek demo harus mencerminkan instrumentasi/visi akhir setepat mungkin. Demo tidak perlu direkodkan secara profesional, hanya perlu jelas didengar
        7. Bagi pertandingan/persembahan/penjurian antarabangsa secara fizikal, bukti jemputan rasmi berbentuk surat atau emel diperlukan
        8. Untuk projek video, maklumat pra-produksi yang mencukupi (mis.skrip, papan cerita dan lain-lain)

        *Nota :
        • Sebarang bahan sokongan atau contoh kerja yang berkaitan selain di atas boleh dikemukan dalam format digital
        • Permohonan yang tidak mempunyai dokumen-dokumen yang lengkap tidak akan dinilai

        Proses selepas permohonan dihantar

    Soalan Lazim

    Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim di bawah:
  • DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD)
  • agensi icon

    Agensi
    MyCreative