Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Permohonan Telah Ditutup
Pengenalan
- Manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman
- Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 meliputi (4) kategori seperti berikut:
(%) | Kategori pemberian diskaun |
---|---|
20 | Atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman |
15 | Penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang |
15 | Bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct-Debit) mengikut jadual bayaran balik |
5 | Bayaran melalui aplikasi myPTPTN |
Kelayakan
- Semua peminjan PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
adalah layak menikmati insentif ini
Cara memohon
% | Huraian | Cara Memohon |
---|---|---|
20 | Atas baki hutang penyelesaian penuh pinjaman | 20% & 15% :Perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau Laman Rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran |
15 | Penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang | |
15 | Bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct-Debit) mengikut jadual bayaran balik | 15% : - peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit): layak mendapat diskaun secara automatik - peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit): permohonan melalui aplikasi myPTPTN atau Laman Rasmi PTPTN |
5 | Bayaran melalui myPTPTN | 5% : Peminjam boleh memuat turun aplikasi myPTPTN melalui “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei. Peminjam PTPTN hanya perlu melalui proses aturan keselamatan yang mudah dan seterusnya dapat menggunakan aplikasi ini dengan cepat dan selamat. Peminjam juga boleh mengakses dan melayari Laman Rasmi PTPTN |
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim PTPTN
Agensi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)