Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/10/2022

Pengenalan

  • DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
  • Program ini bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah

  • Perkara Peneragan
    Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Had Pembiayaan
  • RM150,000
  • Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
  • Jaminan/ Cagaran
  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah
  • Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:
    1. Jaminan:Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
    2. Cagaran:Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
    3. Gabungan kedua-duanya sekali; atau
    4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
    Kadar Keuntungan
  • 3.5%
  • Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Sesawang DanaNITA

Kelayakan

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Kelonggaran Syarat:

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Cara Memohon

  • Premohonan akan ditutup pada 31 Disember 2022
  • Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
agensi icon

Agensi
Majlis Amanah Rakyat (MARA)

phone icon

Telefon
03-2613 2000