Bantuan Warga Emas (BWE)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 24/03/2023

Pengenalan

  • Bantuan Warga Emas (BWE) bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
  • Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang

  • Nota: Sila semak kriteria kelayakan di butang "Kelayakan"

Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    1. Institusi kendalian JKM; atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

phone icon

Telefon
03-8000 8000