Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2023

Pengenalan

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) bertujuan membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga
  • Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 sebulan seorang

Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Tidak berupaya bekerja
  • Pemohon bukan penghuni/pelatih:
    1. Institusi kendalian JKM; atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma; atau
    3. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut :
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan; atau
    3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

phone icon

Telefon
03-8000 8000