BSN Mikro/i Semarak

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/10/2022

Pengenalan

  • BSN Mikro/i Semarak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.

  • Ciri-ciri Penerangan
    Tujuan Pembiayaan / Pinjaman Modal Kerja dan Pembelian Aset
    Amaun Pembiayaan / Pinjaman Sehingga RM50,000
    Tempoh Pembiayaan / Pinjaman Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
    Kadar Keuntungan / Faedah 4.00% setahun dan tiada caj keuntungan / faedah dikenakan semasa tempoh 6 bulan moratorium.

Kelayakan

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd.).
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Cara memohon

  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
    2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
    3. Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.
    4. Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
    5. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
  • Cara permohonan:
    1. Lawati laman sesawang BSN untuk menyemak butiran produk
    2. Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
    3. Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN / Cawangan Utama Negeri BSN atau lakukan permohonan secara atas talian. Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan.
  • Panduan pengguna untuk permohonan atas talian.
  • Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut.

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Bank Simpanan Nasional (BSN)

phone icon

Telefon
Tel. Cawangan