BSN Micro/-i Penjaja Kasih-Muda

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/09/2023

Pengenalan

  • Skim pembiayaan BSN Micro/-i Penjaja Kasih-Muda adalah sebuah skim pembiayaan mikro di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penjaja dan peniaga mikro belia bertujuan untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan dan meningkatkan perniagaan
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

  • Perkara Keterangan
    Tujuan Pinjaman Modal Kerja, Pembelian Aset dan Kerja-kerja Pengubahsuaian
    Amaun Pinjaman Penjaja: RM5,000 - RM20,000
    Trak makanan: RM5,000 - RM50,000
    Tempoh Pinjaman 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi BSN Micro Penjaja Kasih-Muda atau BSN Micro-i Penjaja Kasih-Muda

Kelayakan

  • Perusahaan mikro/kecil/penjaja dimiliki oleh belia berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan

Cara memohon

  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
  • Panduan pengguna untuk permohonan atas talian
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah (jika berkenaan)
    2. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    3. Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
    4. Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan
    5. Sebutharga belian bagi tujuan menaik taraf perniagaan
    6. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Bank Simpanan Nasional (BSN)

phone icon

Telefon
Tel. Cawangan