BSN Micro/-i Kasih-Belia

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/09/2023

Pengenalan

  • Skim pembiayaan BSN Micro/-i Kasih-Belia adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi usahawan mikro belia bertujuan untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

  • Perkara Keterangan
    Tujuan Pinjaman Modal Kerja, Pembelian Aset dan Pengubahsuaian
    Amaun Pinjaman Minima: RM5,000
    Maksimum: RM50,000
    Tempoh Pinjaman 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi BSN Micro Kasih-Belia atau BSN Micro-i Kasih-Belia

Kelayakan

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad/Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki sekurang-kurangnya 51% dan dikendalikan oleh belia berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Agensi/Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan

Cara memohon

  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah (jika berkenaan)
    2. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
    3. Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
    4. Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan
    5. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
  • Panduan pengguna untuk permohonan atas talian

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Bank Simpanan Nasional (BSN)

phone icon

Telefon
Tel. Cawangan