Pengenalan
- Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois pembelian penyelesaian pendigitalan.
- Skop pendigitalan:
- Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)
- Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
- Pemasaran / Jualan Digital
- Perolehan
- Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai
- Kerja Jarak Jauh
- E-Dagang
- Objektif inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian digital dalam kalangan PKS di Malaysia
Kelayakan
- Terbuka kepada PKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
- PKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia;
- PKS/Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan;
- PKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50, 000.
Cara memohon
- Tempoh permohonan tertakluk kepada ketersediaan dana
- Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan;
- Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan;
- Salinan lesen pendaftaran PKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016). Bagi koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
- Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PKS/Koperasi untuk dua (2) bulan terkini;
- Sebut harga/inbois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC; dan
- Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
- Langkah untuk memohon inisiatif :
- Pemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana - mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).
- Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.
- Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.
- Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5, 000 kepada Pembekal Perkhidmatan.
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim Inisiatif Pendigitalan PKS