Pengenalan
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik
- Kadar bayaran BPT: RM500 sebulan seorang
Kelayakan
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/pesakit terlantar/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara memohon
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada); dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM
Agensi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Telefon
03-8000 8000